What your opinion - DoubleX
Produk terbaru Amway sekarang ialah DoubleX iaitu multivitamin untuk dijadikan supplement sepanjang hari.
Mengapa anda perlukan multivitamin
Rentak kehidupan hari ini yang begitu pantas dan tuntutan gaya hidup yang semakin mendesak boleh menjejaskan niat baik kita untuk mengamalkan diet yang lebih menyihatkan. Diet yang menyihatkan boleh membantu dalam memberikan stamina, tenaga dan kesihatan yang berpanjangan yang kita perlukan untuk menjalani kehidupan dan mencapai matlamat kita.
Kebanyakan individu berhadapan dengan pelbagai cabaran pemakanan setiap hari, di mana mereka tidak berupaya untuk:
# makan diet seimbang yang kaya dengan buah-buahan, sayur-sayuran, dan bijirin penuh.
# makan makanan yang berasaskan tumbuhan yang secukupnya untuk kesihatan yang baik (berdasarkan kaji selidik kesihatan global).
# mengehad pengambilan makanan yang mengandungi lemak dan gula yang tidak sihat.
Sudah pasti tiada apa yang boleh menggantikan vitamin, mineral, serat dan nutrien-nutrien lain yang terdapat dalam makanan lengkap. Tetapi apabila kita tidak boleh atau tidak makan apa yang perlu, terdapat cara untuk menambah nutrien yang kita perlukan. Pada 2002, satu laporan dalam jurnal perubatan yang terkemuka, JAMA (Journal of the American Medical Association), mengesyorkan bahawa semua orang dewasa mengambil multivitamin setiap hari sebagai satu cara untuk memastikan pengambilan vitamin dan mineral penting yang secukupnya.
Good supplement
Dengan usaha mengamalkan produk ini, sedikit sebanyak membantu anda mengatasi masalah organ dalaman anda dengan mudah tanpa perlu berjumpa dengan doktor. Saya yakin dengan produk Amway kerana sudah ramai yang mencuba.
Berjumpa dengan upline
Starting business Amway
Afham bertukar haluan ke WORDPRESS
Dengan adanya wordpress di blog baru Afham memberi sedikit ruang kepada anda untuk terus bersama Afham.
Diharap semua dapat memberi respon mengenai layout blog baru Afham.
New Project - Pentauliahan DiRaja 2008
Memandangkan Pentauliahan DiRaja semakin hampir. Terdapat beberapa idea telah dikeutarakan oleh pihak-pihak tertentu yang memaksa kami ( Afham, Syamsulariff, Muralidharan) membuat samaada blog, forum ataupun portal sebagai persinggahan bakal-bakal pegawai tentera di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) atau dahulunya dikenali dengan nama Akademi Tentera Malaysia (ATMA).
Jadi dengan ini kami masih berbincang mengenai domain yang sesuai untuk melancarkan website ini. Di dalam site ini mungkin dimasukkan mengenai memori-memori terindah kami di sini dan update mengenai kehidupan kami di alam pekerjaan nanti. Untuk makluman semua. Seramai 250 pegawai kadet akan ditauliahkan ke pangkat kapten pada 4 Disember 2008. InsyaALLAH.
Projek mungkin melibatkan kos dan masa yang cukup. Keadaan ini mungkin menggangu kehidupan seharian yang sibuk untuk persediaan kawad. Sokongan rakan-rakan amatlah diperlukan bagi menjayakan projek ini. Sekian, Terima Kasih.
Bisnes domain dan URL sendiri
Selama empat hari Afham tidak sempat berbuat apa-apa diblog ini, rugi sahaja beli domain. Namun tidak menggunakannya sebaik mungkin. Maklumlah sibuk dengan aktiviti-aktiviti seharian bermula terbit fajar hingga terbenam matahari. Hari berlalu pantas dengan rutin yang sama disini.Namun begitu, walau kesibukan seharian. Afham masih mengupdate blog ini setakat mana yang mampu.
Di sini ingin Afham petik dengan pelaburan domain. Adakah pembelian domain diwaktu awal dan menjual dengan harga yang mahal adalah satu pelaburan. Bagi sesetengah orang, kegiatan ini merupakan sesuatu pelaburan. Tambah-tambah dengan keyword yang hot lagi sensasi yang menjadi tumpuan pengunjung internet. Adakah ini sesuatu pelaburan internet yang baik untuk blogger newbie seperti saya.
Bagi Afham, teknik ini merupakan satu benda yang baik dan perlu dipandang positif sebagai satu peluang bisnes. Ibaratnya 'parking domain and waiting for somebody to buy it'. Apa-apa pun as a investor kita kena cari potential domain yang menjadi rebutan ramai. Seakan beli jual saham pula nampaknya.
Bagi penggemar yang mahu menjual beli blog yang kini suda menjadi peluang bisnes sepenuh masa. Membuat blog dan menjual kepada mereka yang mahu membuat blog sendiri. Biasanya harga blog yang dijual mestilah mengikut page rank (kekuatan blog) tersebut.
Contoh kos:
Domain RM 30 (Standard Price)
Hosting RM 50 (Minumum Price)
Kemungkinan harga blog yang mempunyai page rank 3 mencecah sehingga RM1000. Keuntungan bersih yang diperolehi mungkin sekitar RM920. Hebat bukan? Hanya masa terancang yang diperlukan untuk mengukuhkan dan update blog ini.
Gathering di Nashmir Ipoh
Afham berpakaian T-Shirt Putih Arsenal..Ayub berpakaian Jersi Arsenal. Berbaju birurakan sekolah, Naim Asblogger. Pertemuan tidak dijangka bersama teman baru di forum ArsenalFC Malaysia. Walaupun keputusan sekadar seri namun pertemuan ini cukup bermakna bagi Afham untuk mengeratkan hubungan sesama peminat Arsenal di Malaysia.
Afham mengangkat no satu menunjukkan result 1-1 menentang Sunderland. Hard Luck perlawanan semalam.
Ipoh Mali Tarak Sombong
Hidup kembali normal
Mungkin esok tidak sempat lagi membuat artikel kerana mungkin sibuk beraya dengan rakan-rakan lama di sekitar Ipoh. Setelah membaca BHarian Online, tempat Afham kian maju dengan adanya perkhidmatan Kereta Api berkembar KL - Ipoh yang akan beroperasi tidak lama lagi. Mungkin selepas ini tidak perlu bersusah Afham mencari tiket ke Ipoh. Dan pastinya Bandaraya Ipoh akan bertambah maju tidak seperti sekarang yang masih mengekalkan bangunan-bangunan zaman peninggalan British atau dengan kata lainnya, Bandaraya Cowboy.
Panduan Internet Marketing
Rumah Tertutup Hari Raya Afzai Afandi
Tempat lepak: Rumah Afzai Afandi, Bandar Baru Tambun
Masa lepak: 12 tengah malam sehingga 4 pagi
Tarikh lepak: 29 Sept 2008
Menu hidangan: Cup Cake Nr- Yummie design theme Hari Raya dan kuih tempeyek.
Topik perbincangan:
1) Pengalaman hidup masing-masing
2) Cara mendapatkan duit melalui blog, laman web dan forum.
3) Ebook-ebook yang dirasakan sesuai untuk dilancarkan.
4) Projek offline bersama bakal Jutawan
p/s: Sesiapa yang ingin turut serta dialu-alukan. Sekian, Terima Kasih.
Mohon maaf pada 1 Syawal
Bagi golongan yang mempunyai handphone tidak kira samaada murah atau mahal, penggunaan perkidmatan sistem pesanan ringkas iaitu SMS sudah sinonim dan begitu popular pada masa sekarang. Sehingga Maxis, Celcom dan Digi tidak dapat menghasilkan perkhidmatan terbaik di malam raya. Satu mata ganjaran Maxis sudah cukup untuk memohon maaf kepada rakan-rakan ataupun sanak saudara. Bagi penggemar internet, kemudahan ekad yang mempunyai corak berwarna warni turut menjadi pengganti kad raya pada masa kini. Percuma Mudah Rigkas. Hanya perlu copy paste coding tertentu dan hantar kepada sesiapa menerusi email. Persoalan yang timbul. Afham terfikir sebentar tadi.
Mengapa perlu menunggu Bulan Syawal untuk memohon maaf dan menziarahi kubur. Mengapa tidak di bulan-bulan lain. Adakah ia sesuatu tradisi yang dilakukan oleh umat Islam dahulu kala. Mungkin ada sirah yang Afham masi belum baca. Ada sesiapa yang mengetahui sila tampil untuk memberi keterangan. Sekian
Afham,
Ipoh Perak,
2.57 pagi.
3 days to leave Ramadhan
Sempena Ramadhan yang berbaki beberapa hari sahaja lagi,
Marilah kita sama-sama,
setting niat,
upgrade iman,
download sabar,
upload usaha,
delete dosa,
update pahala
dan topup ilmu agar,
boleh redeem pahala.
Duit Raya dari En_me
Sekembalinya Afham di Ipoh dari Kuala Lumpur memang amat dinantikan. Cuti Hari Raya. Pastinya ramai yang akan bergegas pulang ke kampung. Afham turut mengambil peluang yang ada untuk ke kampung halaman.
Setibanya di dalam rumah. Mama bertanya. Cek apa yang kamu dapat, Afham?. Afham kelihatan konfius seketika dan membelek Pos Ekspress yang diberikan oleh Mama. Rupa-rupanya itu kad hari raya dan BSN Cenderahati Premium sebanyak RM20.00 dari En_me - Blog Memang Lumayan
Terima Kasih kepada en_me kerana bermurah hati memberi duit raya kepada mereka yang bertuah. Semoga Tuhan panjangkan umur dan murahkan rezeki beliau. InsyaALLAH.
Anak Bulan PAS hampir tiba
Tidak sampai seminggu umat Islam di seluruh dunia akan menyambut hari gemilang mereka. Oleh yang demikian apa persiapan anda selaku umat Islam. Adakah anda sudah membeli baju melayu dan baju kurung. Golongan ibu sudah pasti sibuk menyiapkan langsir-langsir. Golongan bapa sibuk pula mengecat dinding rumah. Perkara biasa di dalam menyambut kedatangan Syawal. Hari Kejayaan.
Bagaimana pula tuntutan rukun Islam yang keempat iaitu menunaikan zakat. Sudah laksana atau masih dalam niat untuk membayar. Sekiranya mahu bandingkan dengan 1 meter kain. Lagi mahal rasanya kain tersebut. Berapa sangat nilai wang yang kita ada untuk dizakatkan kepada golongan yang memerlukan. Tidak luak rasa setakat jumlah RM5.20 sekiranya anda berada di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur macam Afham.
Namun, ada sesetengah orang yang berpendapat bahawa lewatkan membayar lebih afhdal. Memang Ya. Namun jangan pastikan yang anda terlupa ataupun terlewat untuk menunaikan tanggungjawab tersebut. Di sini Afham sertakan link sebagai sumber rujukan anda mengenai syarat dan waktu berkesesuaian untuk menunaikan ibadah ini.
Rujukan: Klik Sini
Bayar Zakat Secara online: Klik Sini
Dalam hadis riwayat Ibnu Umar:
“Rasulullah S.A.W telah mewajibkan zakat Fitrah pada Bulan Ramadhan pada orang yang Merdeka, hamba sahaya, laki-laki, perempuan dan kaum Muslimin.”
Elaine Teoh - my coach
Selamat Hari Raya 1429H
Hukum merokok adalah HARAM
Sedang Afham berjalan jalan melihat alam ciptaan tuhan. Terserempak satu poster yang agak cantik. Dan makna ayat di dalamnya membuat Afham terpaku berfikir mengenai isi makna tersebut.
Mungkin ramai para-para perokok tidak sedar mengenai hukum merokok sebenarnya. Ada sesetengah ulama mengatakan bahawa ianya adalah makruh dan ada juga yang mengatakan haram. Memang Afham akui memang sukar untuk berhenti merokok secara mengejut. Rata - rata memerlukan masa yang lama kerana perbuatan ini menjadi tabiat harian.
Setelah membaca beberapa artikel dibawah. Rata-rata memutuskan bahawa rokok adalah HARAM di sini Islam. Marilah kita sama-sama berubah kepada amalan hidup sihat. InsyaALLAH.
Artikel yang menjadi rujukan:
Fatwa semasa. - Harakah Daily
Hukum Merokok - Halal Guide
Merokok, Makruh atau Haram - Wordpress Blog
Merokok Dosa Kecil - Zaharudin dot Net
Keluarkan Senjata Anda
Polis, keluarkan kejujuranmu
Hakim, keluarkan keadilanmu
Jurutera, keluarkan kreativitimu
Tentera, keluarkan perlindunganmu
Pemerintah, keluarkan penataanmu
Doktor, keluarkan pengorbananmu
Ibu, keluarkan kasih sayang.
Blog Paling Best - Award
Peraturannya :-
1. Bagi just kat orang yang ase GILA-GILA / BEST.
2. Bagi kat 4 orang sahaja.
3. Link orang yang terima award ni
4. Sesiapa dapat Award ni DiWAJIBkan buat POSTING sebab dia dapat award ni kat blog dia
5. Beritahu orang yang dapat award ini kt blog dia ok !!
Chot
Megat
Afzai Afandi
Gmurali
Bangga tidak berpuasa
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hari ini terdetik untuk berkongsi pengalaman yang sukar Afham terima oleh logik akal. Tidak sesuai dengan umur. Bukan di sini membuat hubungan seks atau perbuatan terkutuk. Memanglah remeh pada pandangan biasa. Tetapi bagi Afham kegiatan ini tidak boleh dipandang sebelah mata. Apa yang pak cik ini dilakukan.
Kegiatan berpuasa tidak menghalang Afham untuk membuat perkiraan stok. Apa yang sedih di sana ada seorang staf di situ bangga menyatakan beliau tidak berpuasa. Kalau ya pun beliau tidak berpuasa sekurang-kurangnya hormat kepada orang yang sedang menjalankan amanat tuhan yang maha Esa.
"Aku tidak puasa" dengan nada bangga sambil menyalakan rokok Surya Hitam. Telinga Afham panas mendengar ayat ini.
Inilah manusia yang tidak syukur dengan nikmat hidup. Minta maaf. Memang patut Afham berkata sedemikian. Puasa mengajar kita untuk menghayati betapa susahnya orang miskin mendapatkan rezeki. Contoh gambar di bawah. MasyaALLAH. Siapakah manusia dibolehkan tidak berpuasa?
Selamat Hari Malaysia - 16 September
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Esok 16 September 2008 merupakan hari yang bersejarah buat penduduk di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak kerana tertubuhnya negara Malaysia pada 16 September 1963. Di sini merupakan penerangan sejarah penubuhan negara yang kita cintai ini menjadi bukti sejarah Malaysia sebenar. Sehingga saat ini, tsunami politik masih membelenggu pemikiran rakyat Malaysia. Namun begitu, PM Malaysia (Pak Lah) tetap menegaskan pendiriannya bahawa Malaysia pada ketika ini dalam keadaan stabil.
Isu ISA yang digunakan di Malaysia melihat perhatian samaada media tempatan mahupun media luar negara. Tindakan ini adakah memalukan negara kita. Sebagai umat Islam kita perlu mengisi ilmu di dada dengan ilmu agama berlandaskan Al Quran dan As Sunnah.
Sekiranya timbul isu-isu yang mendatangkan sensiviti umat Islam. Kita hendaklah lawan dengan hujah-hujah di dalam menegakkan kebenaran. Kata Dr Asri lagi, "Islam bukan agama yang bacul. Perbuatan ISA kerana kesalahan agama seolah-olah menggambarkan orang Islam tidak mampu berhujah, terus tangkap orang. Mereka akan kata mereka benar kerana kita takut berhujah dengan dia." Petikan dari MStar. Beliau menyelar kerajaan menggunakan ISA atas alasan untuk membela ajaran Islam. Baca keterangan beliau di sini.
Own URL domain in blogspot hosting
Langkah pertama anda hendaklah mempunyai domain anda sendiri. Bagaimana untuk mendapatkannya di merata tempat namun Afham memilih MercuMaya do Net untuk mendapatkannya. Harga domain di sini berharga RM 30.
Langkah kedua. Seting rekod CNAME. Disebabkan di MercuMaya tidak menyediakan ruang untuk CNAME. Namun ia tidak menjadi masalah kerana Afham akan tunjuk bagaimana untuk melakukannya. CNAME itu berfungsi untuk meletakkan www atau blog atau apa sahaja di hadapan domain anda. Contohnya, www.afhamrahman.com, blog.afhamrahman.com.
Langkah ketiga. Daftar di EveryDNS.net Disebabkan mercumaya tiada fungsi untuk manage domain, servis luar digunakan. Daftar secara percuma di EveryDNS.net. Setting yang perlu anda lakukan ialah seperti ditunjukkan di bawah:
1. Tulis domain anda tanpa meletakkan www dan klik Basic.
2. Klik domain anda.
3. Jadikan DNS seperti yang ditunjukkan dan delete mana-mana data yang tidak diperlukan.
4. Tulis seperti yang dinyatakan mengikut domain anda dan jangan lupa meletakkan butir ghs.google.com
Langkah keempat: Setting Akaun anda di dalam MercuJaya.
1. Berikut adalah detail mengenai pembuktian domain berharga RM 30 dan pastikan maklumat aktif terlebih dahulu.
2. Isi data seperti yang ditunjukkan.
Langkah kelima: Setting pada blogger di ruangan Setting > Publishing
Anda boleh juga switch kembali ke blogspot pada bila-bila masa jika domain anda belum aktif.
P/S: *Selepas membeli domain, tunggu sehari dua supaya domain itu boleh aktif ke internet. Sila rujuk ke Malaysia Computer Technical untuk kepastian. Sila hubungi saya sekiranya ada apa-apa kesulitan. Majulah Blogger Malaysia untuk kepuasan bersama.
Sekian sahaja. Harap dapat membantu.
Makan ketika Waktu Imsak
Selepas solat Subuh, Afham mula mengkaji Apakah maksud sebenar waktu imsak? Sahkah puasa seseorang itu sekiranya dia makan dan minum selepas waktu imsak dan berhenti sebelum azan subuh?.
Jawapan: Waktui imsak ialah waktu berjaga-jaga untuk menahan diri daripada makan dan minum serta perkara yang membatalkan puasa sebelum terbitnya fajar sodik (waktu subuh). Sah puasa bagi orang makan dan minum dalam waktu imsak.
Sumber Rujukan :
1. Islam dot Gov
2. Era Muslim
Berbudi Bahasa Tidak Berdosa
Kehangatan kembali reda apabila berjumpa Doktor (non Muslim) yang melayanku dengan sopan santun. Sanggup berlawak lucah denganku. Aku mengiyakan tanpa berkata-kata cukup sekadar memberi senyum sinis terhadapnya. Muscle Joints antara lengan dengan bahu telah sebulan ku fikirnya cuma minor injury. Namun sebaliknya semakin lama tahan semakin sakit otot ini. Afham telah dikenakan injection B-Complex sebagai tanda untuk membaiki tisu-tisu yang rosak. Memang mencabar menahan sakit ketika staf pembantu perubatan menyucuk suntikan berisi 1inci B Kompleks.
p/s: Tidak salah berbaik sesama manusia.
10 cara meraikan Ramadan
RAMADAN yang dikenali sebagai syahrul barakah atau bulan berkat mempunyai pelbagai kelebihan. Muslim yang mukmin hendaklah mengambil peluang Ramadan kali ini bagi meningkatkan ketakwaan agar puasa kita mencapai tahap puasa khawasil khawas (orang khusus).
Berikut disenaraikan 10 cara untuk meraikan kedatangan Ramadan al-Mubarak.
1. Meninggalkan perkataan dusta dan perbuatan fasik. Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan masih lagi berbohong, maka Allah sama sekali tidak berhajat kepada hasil puasanya, walaupun dia berlapar dan berdahaga. (Riwayat Bukhari).
2. Menghidupkan malam dengan beribadat (qiamullail). Sesungguhnya ibadah qiamullail adalah kegemaran Nabi Muhammad SAW dan para sahabat baginda. Kata Ummul Mukminin Saidatina Aishah r.a.: Janganlah kamu meninggalkan ibadah qiamullail kerana Rasulullah tidak pernah meninggalkannya. Apabila baginda sakit atau keletihan, baginda bersolat dalam keadaan duduk.
Rasulullah SAW juga bersabda: Sesiapa yang menghidupkan malam pada bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan kesedaran, diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu. (riwayat Bukhari dan Muslim).
Diriwayatkan bahawa Saidina Umar al-Khattab r.a. mengerjakan solat malam sehingga sampai separuh malam. Kemudian beliau menggerakkan keluarganya supaya mendirikan solat dengan berkata: “Solat, solat” sambil membaca ayat 132 dari surah Taha yang bermaksud: Perintahkanlah keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki daripadamu, malah Kami yang memberikan rezeki kepadamu. Kesudahan (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertakwa.
3. Bersedekah. Rasulullah SAW adalah seorang yang paling pemurah. Baginda akan menjadi lebih pemurah pada bulan Ramadan. Sabda Rasulullah: “Sebaik-baik sedekah ialah sedekah pada bulan Ramadan”. (riwayat Tirmizi).
4. Menjamu makanan. Golongan salaf as-soleh amat prihatin dan gemar menjamu makanan kepada orang lain dan mendahulukannya daripada ibadat sunat yang lain. Kesan daripada jamuan makanan ini dapat menimbulkan kasih sayang dan persaudaraan.
Ia juga dapat memudahkan seseorang itu masuk ke syurga Allah SWT. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Wahai manusia, sebarkan salam, jamulah makanan, sambungkanlah silaturrahim, solatlah ketika orang lain sedang tidur, kamu akan memasuki syurga dengan selamat”. (riwayat Ahmad dan Tirmizi).
Baginda bersabda lagi di dalam hadis yang lain: “Sesiapa yang menjamu orang yang berpuasa, maka pahalanya sama seperti pahala orang yang yang berpuasa itu”. (riwayat Ahmad).
5. Banyak membaca al-Quran dan menangis ketika membacanya. Sebahagian besar para salaf as-soleh khatam al-Quran ketika mengerjakan qiamullail pada malam bulan Ramadan tiga hari sekali. Ada juga yang mengkhatamkannya seminggu sekali dan ada yang mengkhatamnya 10 hari sekali. Mereka juga sentiasa menangis ketika membaca al-Quran.
Diriwayatkan bahawa Saidina Umar al-Khattab r.a. membaca surah al-Mutaffifin. Apabila sampai kepada ayat ke-6 yang bermaksud: Hari ketika manusia berdiri menghadap Tuhan semesta alam, beliau menangis sehingga rebah dan tidak berdaya meneruskan bacaan berikutnya.
6. Duduk di masjid sehingga terbit matahari. Diriwayatkan di dalam Sahih Muslim bahawa apabila Rasulullah selesai menunaikan solat subuh, baginda akan terus duduk di tempat solat baginda sehingga terbit matahari.
Menurut sebuah hadis lagi, baginda SAW bersabda: “Sesiapa yang mendirikan solat subuh secara berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah SWT sehingga terbit matahari, kemudian dia mendirikan solat dua rakaat, maka baginya pahala seperti pahala satu haji dan umrah yang sempurna, yang sempurna, yang sempurna”. Kata Sheikh Nasiruddin al-Bani: Hadith ini sahih.
7. Iktikaf. Diriwayatkan di dalam Sahih Bukhari bahawa Nabi Muhammad beriktikaf selama 10 hari di dalam bulan Ramadan. Pada tahun baginda wafat, baginda beriktikaf selama 20 hari.
8. Mengerjakan umrah. Rasulullah SAW pernah bersabda: Pahala mengerjakan umrah di dalam bulan Ramadan menyamai pahala satu kali haji. (riwayat Bukhari dan Muslim).
9. Mencari-cari Lailatul Qadar. Rasulullah SAW akan mencari Lailatul Qadar pada bulan Ramadan dan menyuruh para sahabat mencari-cari malam tersebut. Baginda juga akan mengejutkan ahli keluarganya pada 10 malam terakhir Ramadan dengan harapan supaya dapat memperoleh Lailatul Qadar yang penuh dengan keberkatan dan keistimewaan.
Ubay bin Ka‘ab berkata: Antara tanda dan alamat Lailatul Qadar sebagaimana yang telah diberitahu kepada kami oleh Rasulullah SAW iaitu matahari terbit pada pagi hari tersebut dalam keadaan redup. (riwayat Muslim).
10. Memperbanyakkan zikir, doa dan istighfar. Sesungguhnya siang dan malam pada bulan Ramadan adalah waktu yang sangat istimewa, maka rebutlah peluang tersebut dengan memperbanyakkan zikir dan doa, khususnya pada waktu-waktu yang mustajab berdoa.
Antaranya, waktu berbuka, sepertiga malam yang terakhir, waktu sahur dan hari Jumaat. Oleh yang demikian, para salaf as-soleh amat prihatin dalam memantapkan amalan mereka dengan memperbanyakkan berzikir, berdoa dan memohon keampunan daripada Allah yang Maha Esa.
Google Chrome
The download take a several minutes. Be patient first to make fully of satisfaction.
Thanks all.
Pengorbanan Nabi Muhammad SAW
Hari ini Afham meneruskan tugas seharian dengan tugasan-tugasan tambahan yang diberikan oleh orang atasan. Baru tugas sedikit sudah mengeluh!!
Lantas dengan itu, Afham mula berfikir sejenak bagaimana Rasullulah SAW ketika dahulunya sanggup mengikat perut untuk saudara seilsam yang lapar, malah ada diantaranya sewaktu di medan peperangan. Nauzubillah. Begitulah kekuatan para Anbiya' dahulu yang sanggup berlapar untuk menuju jalan ALLAH SWT. Bagaimana pula dengan kita (umat akhir zaman)?. Mari kita usahakan. InsyaALLAH.
Seoul Bulgogi - Seafood Restaurant
Jumlah orang 2: Afham dengan Soulkrasty
Total makan: 5 pinggan bahan mentah ; ikan patin, ayam, daging, sotong.
Desert: Salad
Air: Sirap suam
Harga: RM 64.64
1 Ramadhan 1429H
Secara terang atau tidak, dan dgn fikiran yg waras mahupun dgn amarah dan bisikan iblis laknatullah. Saya juga dgn penuh rasa kasih, kasih kpd saudara seagama, mengakui memaafkan segala dosa, dan kesilapan sekiranya pernah kamu lakukan kpd saya, secara terang mahupun sebaliknya. Semoga kita menyambut Ramadhan dengan penuh rasa takut kpd Allah, takut kpd azabNya, dan takut kpd Neraka jahannam. Semoga kita penuhi masa Ramadhan, dgn pengampunan, taubat, dan kesucian hati. Amiin. Assalammualaikum
Bonus menjelang Ramadhan dan Syawal
Budget 2008 telah pun dibentangkan. Alhamdulillah ada juga bonus untuk tahun ini. Bagi mereka yang tidak dapat mendengar boleh melawat ke blog ini. Klik di sini. Mungkin budget pada kali mendatangkan faedah kepada rakyat. Adakah minyak turun? Barang turun? Saksikan di muka akhbar esok.
Duit oh Duit. Berikutan dengan itu, saya menerima peluang untuk melibatkan diri dalam dunia bisnes. Namun bila dikaji dan dianalisis bisnes ini ada aspek MLM. Memang sukar untuk menerimanya buat kali berikutnya setelah banyak kali gagal dalam bidang yang sama cuma produk yang lain. Pengalaman banyak mendewasakan saya. chewah!!
Hari Kemerdekaan ke 51 dan Belanjawan 2009
Bahang kemerdekaan kian terasa disini kerana bermulanya satu aktiviti yang ringkas telah dilaksanakan oleh majikan di sini . Di mana ia sedikit sebanyak memberi input yang jelas mengenai erti kemerdekaan sebenar. Aku berfikir sejenak kenapa pada tahun ini kurang Bendera Jalur Gemilang atau Bendera Malaysia kurang dikibarkan di kereta, rumah, premis dan sebagainya?
Bagiku erti kemerdekaan memberi maksud yang universal dan memberi erti yang mendalam. Kemerdekaan merupakan satu perjuangan yang memerlukan pengorbanan dan patriotisme yang tinggi untuk membebaskan diri dari dijajah dan dijajah semula. Apa yang perlu ada di sini ilmu dan kecemerlangan.Dengan adanya dua elemen ini ianya satu titik permulaan untuk kita mampu berdaya saing dengan sesiapa sahaja.
Esok, kemungkinan Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan Malaysia akan membentangkan Belanjawanan pada tahun 2009. Berikutan dengan itu, kita juga perlu ada belanjawan diri untuk memberi faedah kepada diri kita dan sekeluarga pada masa akan datang. Marilah penyimpan di hari tua.
Gift from En Sebol - Tidak Mustahil
Hari ini saya telah bersembang dengan seorang yang berpengalaman dan di dalam perbincangan tersebut beliau menyatakan, jangan meletakan perkataan mustahil untuk ke sesuatu kejayaan dan perjalanan. Ini kerana apabila mustahil diletakan. Ia seolah-olah menjadi penghalang kepada kita untuk terus mengecapi sesuatu kejayaan. Apa yang paling penting di dalam dunia ini, pengetahuan dan pengalaman ditambah dengan usaha membolehkan kita tidak mudah gentar terhadap cabaran hidup. Fikirku sejenak. Alangkah benar setiap kata yang disampaikan.
" Kami berperang untuk mati " - kata beliau dengan penuh sinis.
Moody Day
Now already 1200 am
My Bus departed on 1 pm. Ok. See U next!!
Minyak Turun - Turun Ipoh
Although harga minyak dah turun RM 0.20 but tt still not enough to me..Maybe gaji lom masuk lagi..Sebab tu sengkek skang nie..On Monday la die masuk la tue..
Tonight - Sitting wif my old friend watching Live EPL Match.. Waiting for Arsenal Match..huhu..Hopefully Win the second match.. Lembap gak Celcom Broadband nyer connection ni yer..
My Celcom Broadband HSDPA Modem Huawei
Pelaburan Emas VS Pelaburan ASB
Terima Kasih kepada Encik Sebol kerana ilhamnya mengemukakan idea dan pertandingan ini. Hadiah tolak ketepi. Beliau telah membuka pemikiran saya untuk mengkaji mengenai pelaburan emas dan pelaburan ASB. Di sini saya akan terang sesuaikah kita mengeluarkan ASB untuk EMAS.
Rujuk graf di atas menunjukkan peningkatan harga emas kemungkinan berlaku pada tahun ini. Afham bukanlah pengkaji graf ataupun penganalisis emas. Melihatkan setiap tahun pada bulan 8 peningkatannya agak tinggi. Namun, setiap pelaburan pastinya mempunyai risiko tersendiri. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan turun naik harga emas ini. Bagi kepada pelabur berani mati memang disyorkan pelaburan ini. Namun ternyata tidak merugikan kerana emas pasti berkurangan dan harganya pasti meningkat setiap tahun. Kita boleh jual sekiranya masa sesuai untuk dijual. Keuntungan 100% bila-bila dari sekarang.
Bagi yang play safe!! Pelaburan ASB merupakan amat sesuai kerana risiko amat rendah. Namun pulangan terhadap pelaburan ini juga rendah. Paling tinggi Afham pernah dapat setakat ini sebanyak 7 percent.
Just from my opinion:
Pelaburan ASB pelaburan risiko rendah
Pelaburan Emas pelaburan risiko tinggi sebab tidak tahu kemungkinan yang berlaku.
For me I like choose pelaburan emas because it give high ROI compare return by ASB.
* Pesanan: Sekiranya coretan salah minta teguran.
Blogmas oh Blogmas
But I newbie in blogger.com and a lot of learning process needed on decorating this blog. Hopefully my frenz will teach me ya!! Thanks for everything.
Huhu.. tapi Afham masih sayangkan blogmas. Memang terasa berat di hati untuk tingalkan nya.. Tambah2 blog Arsenal.. Pe yang perlu saya lakukan ea.. Please help me!!
Hurray Go Go Gooners
HURRAY!! Go Go Gooners. Lets Check the report at my Arsenal Blog.
I alreaady back from pick my Bapa Saudara from Muktamar Tahunan PAS. Orang kuat Pakatan Rakyat dia nie. Huhu. Full of people there same as ada match Perak menentang Kedah jer. I just see from my car only. Huk2.. I wanna borrow his nice jacket.. wait huh..
Thanks to Nuffnang 4 the Cheque
Today Afham just staying at home because he don't have any planning to go out..Sitting in front of computer and updating about the EPL league news..tt my life everyday..huhu..n update my knowledge a little bit political in malaysia..
Malam nie is the first game.. hopefully Arsenal will win against WBA..Nampak mudah laluan pada hari nie..But jangan terlalu konfiden..Say fool to MU..Cheers!
Take time to
Take time to READ. It is the foundation of wisdom.
Take time to QUIET. It is the opportunity to seek God.
Take time to DREAM. It is the future made of.
Take time to PRAY. It is the greatest on earth.
Blogger Perak
Sudah lama rasanya tidak menulis catatan peribadiku untuk berkongsi dengan anda semua. Lagi pun buat masa sekarang tidak ada cerita menarik untuk dikongsi bersama. Namun pada tanggal 26 Disember 2007 telah menemukan beberapa blogger-blogger yang berasal negeri Perak. Perjumpaan yang agak tergesa-gesa ini berjaya dilakukan walaupun hanya kehadirannya tidak segempak mana pun. Aku seolah-olah tidak percaya hadir di dalam perjumpaan ini. Hasratku hanya untuk menimba ilmu dan berjumpa ramai kenalan online semata-mata. Memang seronok berjumpa dengan orang yang kita tidak kenali sebelum ini. Cuti aku berasa sungguh bermakna.
Antara yang hadir perjumpaan pertama:
- Afzai Afandi ( Sifoo)
- Amir Hakim
- Syawal
- Afham
(Susunan mengikut peringkat umur).
Aku termuda di dalam perjumpaan berkenaan menyebabkan aku rasa kurang selesa jika dibanding ilmu dan kecekapan mereka di dalam berblog ini. Aku rasa bersemangat setelah perjumpaan ini dan berhasrat menjadi seperti Sifoo sesuatu masa nanti. Usia muda bukan sesuatu penghalang untuk berjaya.
Banyak perkara yang aku blur lebih-lebih sekali untuk memperlohi duit tambahan di dalam memblog. Aku seolah-olah tidak percaya dan ingin beljar dari sesiapa yang mahir. Itupun kalau ada yang sudi membantu. Affiliate program la. Ebook la. Aku cuma mengangguk kefahaman. Padahal blurr abis. Haha. Bukan bodoh sombong. Berlakon bijak la. Payloadz, Google Adsense dan sebagainya aku blank abis. Yang aku tahu cuma Nuffnang, Advertlets. Orang baru katakan.
Terima Kasih diucapkan kepada CEO Syawal Dot Net kerana menaja makan. First time makan ayam tandori bersama roti boom di Kedai Mamak yang menyediakan perkhidmatan wireless free access. Memang sukar aku lupakan kenangan ini.
p/s Esok sehinnga 2 Januari 2008 ke Pekan Pahang untuk menyertai pasukan sukarelawan mangsa banjir.
If I got a chance to be Superhero
First of all, i would like to thanks my friend from ipoh mali blogmas that give mission to me to settle it. That is a some question that i must answer. According to Wikipedia, Superhero is A superhero (also known as a super hero) is a fictional character "of unprecedented physical prowess dedicated to acts of derring-do in the public interest." For example, Batman, Superman, Ultraman, Robinhood la. If me got a chance to be Superhero. I don't want be like this Faizal Tahir separuh bogel.
1. Apa superpower idaman anda… sila pilih satu jek!
I want to be Airman.
2. Apa superhero atau watak yang mempengaruhi pilihan ko itu?
Superman yang tiru perwatakan aku.
3. Kenapa/ untuk apa superpower itu yang anda pilih?
Aku pilih dia kerana dgn kuasa sedemikian aku dapat melancong ke mana tempat yang aku nak pergi sambil membantu mangsa yang meminta pertolongan. Cewah.
4. Kelemahan superpower anda… wajib ada!
Cepat tertekan bila ada yang minta tolong.
5. Nama anda sebagai hero apa?
Super Airman
6. Motto anda sebagai superhero?
For human I will sacrifice.
After have been tag. Of course i also want to tag my beloved friend blogger to continue the answer dis superhero question.
Google will be entered Malaysia
DAVOS: Google Inc is interested to set up a base in Malaysia due to its huge ICT market, said Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
The Prime Minister said the Government’s development plans for the ICT industry were also in line with the company’s expansion programme.
“I was told that Malaysians formed the highest group of Google users in South-East Asia,” he told Malaysian journalists after meeting the US giant’s CEO Eric Schmidt on the sidelines of the World Economic Forum.
It is believed the world’s top Internet search engine company was eyeing Malaysia, India or Vietnam to set up its data centre facilities.
Abdullah said the company felt Malaysia was a good place for the base due to its strategic geographical location.
“They want to make their presence felt in Malaysia. It will be a big boost for our ICT industry,” he said.
Meanwhile, the shift of economic power from the West to the East will be one of the key topics of discussion at the World Economic Forum on East Asia in Kuala Lumpur on June 15 and 16.
This historic transformation must be handled with care, said Institute of Strategic and International Studies (Isis) Malaysia chairman and CEO Datuk Seri Mohamed Jawhar Hassan.
He said this would ensure it could become a productive, constructive transformation.
The meeting will bring together over 350 global and regional leaders in business, politics and intellectual thinkers to discuss opportunities in Asia and the potential risks. - From Star
Simple tips to clear URL blacklisted
Dear readers,
Today, I am happy person not because my birthday is today. But when you are refer back my post at my old blog. It is a stories how my url was backlisted from akismet. I still don’t know why it happen to me. My friend said that am I used a nick same a name of virus like trojan, worm or whatever. So akismet detected as a spam. This day, my URL was clear back after two months. So I want give you to some tips to clear back blacklisted URL.
1. Open this link. Report spam.
2. Fill on the black like your email, URL (used blaclisted URL to admin know it)
3. Tell your reason
4. Click Submit
5. After one day admin will process your cases. But I am not confirming yet.
Using 5 easy step. I hope you will happy back to blogging same as me now. Good Luck!!Simpanan Emas Untuk Ibadah Haji
Ingin Tunaikan Haji? Mulakan Simpanan Emas Hari Ini! Salah satu impian terbesar kita adalah menunaikan haji, tapi cabaran kewang...
-
erm..entah mengapa tetibe je nak menulis mende pelik2 nie. tetapi sekadar ingin berkongsi kepada anda sedikit input yang saya dengar semasa ...
-
Salam sejahtera buat semua pembaca, pada kali Afham akan memcurahkan sedikit ilmu kepada kalian walaupun Afham bukanlah mahir dalam menulis ...