Blogger Perak

Sudah lama rasanya tidak menulis catatan peribadiku untuk berkongsi dengan anda semua. Lagi pun buat masa sekarang tidak ada cerita menarik untuk dikongsi bersama. Namun pada tanggal 26 Disember 2007 telah menemukan beberapa blogger-blogger yang berasal negeri Perak. Perjumpaan yang agak tergesa-gesa ini berjaya dilakukan walaupun hanya kehadirannya tidak segempak mana pun. Aku seolah-olah tidak percaya hadir di dalam perjumpaan ini. Hasratku hanya untuk menimba ilmu dan berjumpa ramai kenalan online semata-mata. Memang seronok berjumpa dengan orang yang kita tidak kenali sebelum ini. Cuti aku berasa sungguh bermakna.

Antara yang hadir perjumpaan pertama:

(Susunan mengikut peringkat umur).

Aku termuda di dalam perjumpaan berkenaan menyebabkan aku rasa kurang selesa jika dibanding ilmu dan kecekapan mereka di dalam berblog ini. Aku rasa bersemangat setelah perjumpaan ini dan berhasrat menjadi seperti Sifoo sesuatu masa nanti. Usia muda bukan sesuatu penghalang untuk berjaya.

Banyak perkara yang aku blur lebih-lebih sekali untuk memperlohi duit tambahan di dalam memblog. Aku seolah-olah tidak percaya dan ingin beljar dari sesiapa yang mahir. Itupun kalau ada yang sudi membantu. Affiliate program la. Ebook la. Aku cuma mengangguk kefahaman. Padahal blurr abis. Haha. Bukan bodoh sombong. Berlakon bijak la. Payloadz, Google Adsense dan sebagainya aku blank abis. Yang aku tahu cuma Nuffnang, Advertlets. Orang baru katakan.

Terima Kasih diucapkan kepada CEO Syawal Dot Net kerana menaja makan. First time makan ayam tandori bersama roti boom di Kedai Mamak yang menyediakan perkhidmatan wireless free access. Memang sukar aku lupakan kenangan ini.

p/s Esok sehinnga 2 Januari 2008 ke Pekan Pahang untuk menyertai pasukan sukarelawan mangsa banjir.

Tiada ulasan:

Simpanan Emas Untuk Ibadah Haji

Ingin Tunaikan Haji? Mulakan Simpanan Emas Hari Ini! Salah satu impian terbesar kita adalah menunaikan haji, tapi cabaran kewang...