Panduan Internet Marketing
Rumah Tertutup Hari Raya Afzai Afandi
Tempat lepak: Rumah Afzai Afandi, Bandar Baru Tambun
Masa lepak: 12 tengah malam sehingga 4 pagi
Tarikh lepak: 29 Sept 2008
Menu hidangan: Cup Cake Nr- Yummie design theme Hari Raya dan kuih tempeyek.
Topik perbincangan:
1) Pengalaman hidup masing-masing
2) Cara mendapatkan duit melalui blog, laman web dan forum.
3) Ebook-ebook yang dirasakan sesuai untuk dilancarkan.
4) Projek offline bersama bakal Jutawan
p/s: Sesiapa yang ingin turut serta dialu-alukan. Sekian, Terima Kasih.
Mohon maaf pada 1 Syawal
Bagi golongan yang mempunyai handphone tidak kira samaada murah atau mahal, penggunaan perkidmatan sistem pesanan ringkas iaitu SMS sudah sinonim dan begitu popular pada masa sekarang. Sehingga Maxis, Celcom dan Digi tidak dapat menghasilkan perkhidmatan terbaik di malam raya. Satu mata ganjaran Maxis sudah cukup untuk memohon maaf kepada rakan-rakan ataupun sanak saudara. Bagi penggemar internet, kemudahan ekad yang mempunyai corak berwarna warni turut menjadi pengganti kad raya pada masa kini. Percuma Mudah Rigkas. Hanya perlu copy paste coding tertentu dan hantar kepada sesiapa menerusi email. Persoalan yang timbul. Afham terfikir sebentar tadi.
Mengapa perlu menunggu Bulan Syawal untuk memohon maaf dan menziarahi kubur. Mengapa tidak di bulan-bulan lain. Adakah ia sesuatu tradisi yang dilakukan oleh umat Islam dahulu kala. Mungkin ada sirah yang Afham masi belum baca. Ada sesiapa yang mengetahui sila tampil untuk memberi keterangan. Sekian
Afham,
Ipoh Perak,
2.57 pagi.
3 days to leave Ramadhan
Sempena Ramadhan yang berbaki beberapa hari sahaja lagi,
Marilah kita sama-sama,
setting niat,
upgrade iman,
download sabar,
upload usaha,
delete dosa,
update pahala
dan topup ilmu agar,
boleh redeem pahala.
Duit Raya dari En_me
Sekembalinya Afham di Ipoh dari Kuala Lumpur memang amat dinantikan. Cuti Hari Raya. Pastinya ramai yang akan bergegas pulang ke kampung. Afham turut mengambil peluang yang ada untuk ke kampung halaman.
Setibanya di dalam rumah. Mama bertanya. Cek apa yang kamu dapat, Afham?. Afham kelihatan konfius seketika dan membelek Pos Ekspress yang diberikan oleh Mama. Rupa-rupanya itu kad hari raya dan BSN Cenderahati Premium sebanyak RM20.00 dari En_me - Blog Memang Lumayan
Terima Kasih kepada en_me kerana bermurah hati memberi duit raya kepada mereka yang bertuah. Semoga Tuhan panjangkan umur dan murahkan rezeki beliau. InsyaALLAH.
Anak Bulan PAS hampir tiba
Tidak sampai seminggu umat Islam di seluruh dunia akan menyambut hari gemilang mereka. Oleh yang demikian apa persiapan anda selaku umat Islam. Adakah anda sudah membeli baju melayu dan baju kurung. Golongan ibu sudah pasti sibuk menyiapkan langsir-langsir. Golongan bapa sibuk pula mengecat dinding rumah. Perkara biasa di dalam menyambut kedatangan Syawal. Hari Kejayaan.
Bagaimana pula tuntutan rukun Islam yang keempat iaitu menunaikan zakat. Sudah laksana atau masih dalam niat untuk membayar. Sekiranya mahu bandingkan dengan 1 meter kain. Lagi mahal rasanya kain tersebut. Berapa sangat nilai wang yang kita ada untuk dizakatkan kepada golongan yang memerlukan. Tidak luak rasa setakat jumlah RM5.20 sekiranya anda berada di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur macam Afham.
Namun, ada sesetengah orang yang berpendapat bahawa lewatkan membayar lebih afhdal. Memang Ya. Namun jangan pastikan yang anda terlupa ataupun terlewat untuk menunaikan tanggungjawab tersebut. Di sini Afham sertakan link sebagai sumber rujukan anda mengenai syarat dan waktu berkesesuaian untuk menunaikan ibadah ini.
Rujukan: Klik Sini
Bayar Zakat Secara online: Klik Sini
Dalam hadis riwayat Ibnu Umar:
“Rasulullah S.A.W telah mewajibkan zakat Fitrah pada Bulan Ramadhan pada orang yang Merdeka, hamba sahaya, laki-laki, perempuan dan kaum Muslimin.”
Elaine Teoh - my coach
Selamat Hari Raya 1429H
Hukum merokok adalah HARAM
Sedang Afham berjalan jalan melihat alam ciptaan tuhan. Terserempak satu poster yang agak cantik. Dan makna ayat di dalamnya membuat Afham terpaku berfikir mengenai isi makna tersebut.
Mungkin ramai para-para perokok tidak sedar mengenai hukum merokok sebenarnya. Ada sesetengah ulama mengatakan bahawa ianya adalah makruh dan ada juga yang mengatakan haram. Memang Afham akui memang sukar untuk berhenti merokok secara mengejut. Rata - rata memerlukan masa yang lama kerana perbuatan ini menjadi tabiat harian.
Setelah membaca beberapa artikel dibawah. Rata-rata memutuskan bahawa rokok adalah HARAM di sini Islam. Marilah kita sama-sama berubah kepada amalan hidup sihat. InsyaALLAH.
Artikel yang menjadi rujukan:
Fatwa semasa. - Harakah Daily
Hukum Merokok - Halal Guide
Merokok, Makruh atau Haram - Wordpress Blog
Merokok Dosa Kecil - Zaharudin dot Net
Keluarkan Senjata Anda
Polis, keluarkan kejujuranmu
Hakim, keluarkan keadilanmu
Jurutera, keluarkan kreativitimu
Tentera, keluarkan perlindunganmu
Pemerintah, keluarkan penataanmu
Doktor, keluarkan pengorbananmu
Ibu, keluarkan kasih sayang.
Blog Paling Best - Award
Peraturannya :-
1. Bagi just kat orang yang ase GILA-GILA / BEST.
2. Bagi kat 4 orang sahaja.
3. Link orang yang terima award ni
4. Sesiapa dapat Award ni DiWAJIBkan buat POSTING sebab dia dapat award ni kat blog dia
5. Beritahu orang yang dapat award ini kt blog dia ok !!
Chot
Megat
Afzai Afandi
Gmurali
Bangga tidak berpuasa
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hari ini terdetik untuk berkongsi pengalaman yang sukar Afham terima oleh logik akal. Tidak sesuai dengan umur. Bukan di sini membuat hubungan seks atau perbuatan terkutuk. Memanglah remeh pada pandangan biasa. Tetapi bagi Afham kegiatan ini tidak boleh dipandang sebelah mata. Apa yang pak cik ini dilakukan.
Kegiatan berpuasa tidak menghalang Afham untuk membuat perkiraan stok. Apa yang sedih di sana ada seorang staf di situ bangga menyatakan beliau tidak berpuasa. Kalau ya pun beliau tidak berpuasa sekurang-kurangnya hormat kepada orang yang sedang menjalankan amanat tuhan yang maha Esa.
"Aku tidak puasa" dengan nada bangga sambil menyalakan rokok Surya Hitam. Telinga Afham panas mendengar ayat ini.
Inilah manusia yang tidak syukur dengan nikmat hidup. Minta maaf. Memang patut Afham berkata sedemikian. Puasa mengajar kita untuk menghayati betapa susahnya orang miskin mendapatkan rezeki. Contoh gambar di bawah. MasyaALLAH. Siapakah manusia dibolehkan tidak berpuasa?
Selamat Hari Malaysia - 16 September
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Esok 16 September 2008 merupakan hari yang bersejarah buat penduduk di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak kerana tertubuhnya negara Malaysia pada 16 September 1963. Di sini merupakan penerangan sejarah penubuhan negara yang kita cintai ini menjadi bukti sejarah Malaysia sebenar. Sehingga saat ini, tsunami politik masih membelenggu pemikiran rakyat Malaysia. Namun begitu, PM Malaysia (Pak Lah) tetap menegaskan pendiriannya bahawa Malaysia pada ketika ini dalam keadaan stabil.
Isu ISA yang digunakan di Malaysia melihat perhatian samaada media tempatan mahupun media luar negara. Tindakan ini adakah memalukan negara kita. Sebagai umat Islam kita perlu mengisi ilmu di dada dengan ilmu agama berlandaskan Al Quran dan As Sunnah.
Sekiranya timbul isu-isu yang mendatangkan sensiviti umat Islam. Kita hendaklah lawan dengan hujah-hujah di dalam menegakkan kebenaran. Kata Dr Asri lagi, "Islam bukan agama yang bacul. Perbuatan ISA kerana kesalahan agama seolah-olah menggambarkan orang Islam tidak mampu berhujah, terus tangkap orang. Mereka akan kata mereka benar kerana kita takut berhujah dengan dia." Petikan dari MStar. Beliau menyelar kerajaan menggunakan ISA atas alasan untuk membela ajaran Islam. Baca keterangan beliau di sini.
Own URL domain in blogspot hosting
Langkah pertama anda hendaklah mempunyai domain anda sendiri. Bagaimana untuk mendapatkannya di merata tempat namun Afham memilih MercuMaya do Net untuk mendapatkannya. Harga domain di sini berharga RM 30.
Langkah kedua. Seting rekod CNAME. Disebabkan di MercuMaya tidak menyediakan ruang untuk CNAME. Namun ia tidak menjadi masalah kerana Afham akan tunjuk bagaimana untuk melakukannya. CNAME itu berfungsi untuk meletakkan www atau blog atau apa sahaja di hadapan domain anda. Contohnya, www.afhamrahman.com, blog.afhamrahman.com.
Langkah ketiga. Daftar di EveryDNS.net Disebabkan mercumaya tiada fungsi untuk manage domain, servis luar digunakan. Daftar secara percuma di EveryDNS.net. Setting yang perlu anda lakukan ialah seperti ditunjukkan di bawah:
1. Tulis domain anda tanpa meletakkan www dan klik Basic.
2. Klik domain anda.
3. Jadikan DNS seperti yang ditunjukkan dan delete mana-mana data yang tidak diperlukan.
4. Tulis seperti yang dinyatakan mengikut domain anda dan jangan lupa meletakkan butir ghs.google.com
Langkah keempat: Setting Akaun anda di dalam MercuJaya.
1. Berikut adalah detail mengenai pembuktian domain berharga RM 30 dan pastikan maklumat aktif terlebih dahulu.
2. Isi data seperti yang ditunjukkan.
Langkah kelima: Setting pada blogger di ruangan Setting > Publishing
Anda boleh juga switch kembali ke blogspot pada bila-bila masa jika domain anda belum aktif.
P/S: *Selepas membeli domain, tunggu sehari dua supaya domain itu boleh aktif ke internet. Sila rujuk ke Malaysia Computer Technical untuk kepastian. Sila hubungi saya sekiranya ada apa-apa kesulitan. Majulah Blogger Malaysia untuk kepuasan bersama.
Sekian sahaja. Harap dapat membantu.
Makan ketika Waktu Imsak
Selepas solat Subuh, Afham mula mengkaji Apakah maksud sebenar waktu imsak? Sahkah puasa seseorang itu sekiranya dia makan dan minum selepas waktu imsak dan berhenti sebelum azan subuh?.
Jawapan: Waktui imsak ialah waktu berjaga-jaga untuk menahan diri daripada makan dan minum serta perkara yang membatalkan puasa sebelum terbitnya fajar sodik (waktu subuh). Sah puasa bagi orang makan dan minum dalam waktu imsak.
Sumber Rujukan :
1. Islam dot Gov
2. Era Muslim
Berbudi Bahasa Tidak Berdosa
Kehangatan kembali reda apabila berjumpa Doktor (non Muslim) yang melayanku dengan sopan santun. Sanggup berlawak lucah denganku. Aku mengiyakan tanpa berkata-kata cukup sekadar memberi senyum sinis terhadapnya. Muscle Joints antara lengan dengan bahu telah sebulan ku fikirnya cuma minor injury. Namun sebaliknya semakin lama tahan semakin sakit otot ini. Afham telah dikenakan injection B-Complex sebagai tanda untuk membaiki tisu-tisu yang rosak. Memang mencabar menahan sakit ketika staf pembantu perubatan menyucuk suntikan berisi 1inci B Kompleks.
p/s: Tidak salah berbaik sesama manusia.
10 cara meraikan Ramadan
RAMADAN yang dikenali sebagai syahrul barakah atau bulan berkat mempunyai pelbagai kelebihan. Muslim yang mukmin hendaklah mengambil peluang Ramadan kali ini bagi meningkatkan ketakwaan agar puasa kita mencapai tahap puasa khawasil khawas (orang khusus).
Berikut disenaraikan 10 cara untuk meraikan kedatangan Ramadan al-Mubarak.
1. Meninggalkan perkataan dusta dan perbuatan fasik. Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan masih lagi berbohong, maka Allah sama sekali tidak berhajat kepada hasil puasanya, walaupun dia berlapar dan berdahaga. (Riwayat Bukhari).
2. Menghidupkan malam dengan beribadat (qiamullail). Sesungguhnya ibadah qiamullail adalah kegemaran Nabi Muhammad SAW dan para sahabat baginda. Kata Ummul Mukminin Saidatina Aishah r.a.: Janganlah kamu meninggalkan ibadah qiamullail kerana Rasulullah tidak pernah meninggalkannya. Apabila baginda sakit atau keletihan, baginda bersolat dalam keadaan duduk.
Rasulullah SAW juga bersabda: Sesiapa yang menghidupkan malam pada bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan kesedaran, diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu. (riwayat Bukhari dan Muslim).
Diriwayatkan bahawa Saidina Umar al-Khattab r.a. mengerjakan solat malam sehingga sampai separuh malam. Kemudian beliau menggerakkan keluarganya supaya mendirikan solat dengan berkata: “Solat, solat” sambil membaca ayat 132 dari surah Taha yang bermaksud: Perintahkanlah keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki daripadamu, malah Kami yang memberikan rezeki kepadamu. Kesudahan (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertakwa.
3. Bersedekah. Rasulullah SAW adalah seorang yang paling pemurah. Baginda akan menjadi lebih pemurah pada bulan Ramadan. Sabda Rasulullah: “Sebaik-baik sedekah ialah sedekah pada bulan Ramadan”. (riwayat Tirmizi).
4. Menjamu makanan. Golongan salaf as-soleh amat prihatin dan gemar menjamu makanan kepada orang lain dan mendahulukannya daripada ibadat sunat yang lain. Kesan daripada jamuan makanan ini dapat menimbulkan kasih sayang dan persaudaraan.
Ia juga dapat memudahkan seseorang itu masuk ke syurga Allah SWT. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Wahai manusia, sebarkan salam, jamulah makanan, sambungkanlah silaturrahim, solatlah ketika orang lain sedang tidur, kamu akan memasuki syurga dengan selamat”. (riwayat Ahmad dan Tirmizi).
Baginda bersabda lagi di dalam hadis yang lain: “Sesiapa yang menjamu orang yang berpuasa, maka pahalanya sama seperti pahala orang yang yang berpuasa itu”. (riwayat Ahmad).
5. Banyak membaca al-Quran dan menangis ketika membacanya. Sebahagian besar para salaf as-soleh khatam al-Quran ketika mengerjakan qiamullail pada malam bulan Ramadan tiga hari sekali. Ada juga yang mengkhatamkannya seminggu sekali dan ada yang mengkhatamnya 10 hari sekali. Mereka juga sentiasa menangis ketika membaca al-Quran.
Diriwayatkan bahawa Saidina Umar al-Khattab r.a. membaca surah al-Mutaffifin. Apabila sampai kepada ayat ke-6 yang bermaksud: Hari ketika manusia berdiri menghadap Tuhan semesta alam, beliau menangis sehingga rebah dan tidak berdaya meneruskan bacaan berikutnya.
6. Duduk di masjid sehingga terbit matahari. Diriwayatkan di dalam Sahih Muslim bahawa apabila Rasulullah selesai menunaikan solat subuh, baginda akan terus duduk di tempat solat baginda sehingga terbit matahari.
Menurut sebuah hadis lagi, baginda SAW bersabda: “Sesiapa yang mendirikan solat subuh secara berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah SWT sehingga terbit matahari, kemudian dia mendirikan solat dua rakaat, maka baginya pahala seperti pahala satu haji dan umrah yang sempurna, yang sempurna, yang sempurna”. Kata Sheikh Nasiruddin al-Bani: Hadith ini sahih.
7. Iktikaf. Diriwayatkan di dalam Sahih Bukhari bahawa Nabi Muhammad beriktikaf selama 10 hari di dalam bulan Ramadan. Pada tahun baginda wafat, baginda beriktikaf selama 20 hari.
8. Mengerjakan umrah. Rasulullah SAW pernah bersabda: Pahala mengerjakan umrah di dalam bulan Ramadan menyamai pahala satu kali haji. (riwayat Bukhari dan Muslim).
9. Mencari-cari Lailatul Qadar. Rasulullah SAW akan mencari Lailatul Qadar pada bulan Ramadan dan menyuruh para sahabat mencari-cari malam tersebut. Baginda juga akan mengejutkan ahli keluarganya pada 10 malam terakhir Ramadan dengan harapan supaya dapat memperoleh Lailatul Qadar yang penuh dengan keberkatan dan keistimewaan.
Ubay bin Ka‘ab berkata: Antara tanda dan alamat Lailatul Qadar sebagaimana yang telah diberitahu kepada kami oleh Rasulullah SAW iaitu matahari terbit pada pagi hari tersebut dalam keadaan redup. (riwayat Muslim).
10. Memperbanyakkan zikir, doa dan istighfar. Sesungguhnya siang dan malam pada bulan Ramadan adalah waktu yang sangat istimewa, maka rebutlah peluang tersebut dengan memperbanyakkan zikir dan doa, khususnya pada waktu-waktu yang mustajab berdoa.
Antaranya, waktu berbuka, sepertiga malam yang terakhir, waktu sahur dan hari Jumaat. Oleh yang demikian, para salaf as-soleh amat prihatin dalam memantapkan amalan mereka dengan memperbanyakkan berzikir, berdoa dan memohon keampunan daripada Allah yang Maha Esa.
Google Chrome
The download take a several minutes. Be patient first to make fully of satisfaction.
Thanks all.
Pengorbanan Nabi Muhammad SAW
Hari ini Afham meneruskan tugas seharian dengan tugasan-tugasan tambahan yang diberikan oleh orang atasan. Baru tugas sedikit sudah mengeluh!!
Lantas dengan itu, Afham mula berfikir sejenak bagaimana Rasullulah SAW ketika dahulunya sanggup mengikat perut untuk saudara seilsam yang lapar, malah ada diantaranya sewaktu di medan peperangan. Nauzubillah. Begitulah kekuatan para Anbiya' dahulu yang sanggup berlapar untuk menuju jalan ALLAH SWT. Bagaimana pula dengan kita (umat akhir zaman)?. Mari kita usahakan. InsyaALLAH.
Seoul Bulgogi - Seafood Restaurant
Jumlah orang 2: Afham dengan Soulkrasty
Total makan: 5 pinggan bahan mentah ; ikan patin, ayam, daging, sotong.
Desert: Salad
Air: Sirap suam
Harga: RM 64.64
1 Ramadhan 1429H
Secara terang atau tidak, dan dgn fikiran yg waras mahupun dgn amarah dan bisikan iblis laknatullah. Saya juga dgn penuh rasa kasih, kasih kpd saudara seagama, mengakui memaafkan segala dosa, dan kesilapan sekiranya pernah kamu lakukan kpd saya, secara terang mahupun sebaliknya. Semoga kita menyambut Ramadhan dengan penuh rasa takut kpd Allah, takut kpd azabNya, dan takut kpd Neraka jahannam. Semoga kita penuhi masa Ramadhan, dgn pengampunan, taubat, dan kesucian hati. Amiin. Assalammualaikum
Simpanan Emas Untuk Ibadah Haji
Ingin Tunaikan Haji? Mulakan Simpanan Emas Hari Ini! Salah satu impian terbesar kita adalah menunaikan haji, tapi cabaran kewang...
-
erm..entah mengapa tetibe je nak menulis mende pelik2 nie. tetapi sekadar ingin berkongsi kepada anda sedikit input yang saya dengar semasa ...
-
Salam sejahtera buat semua pembaca, pada kali Afham akan memcurahkan sedikit ilmu kepada kalian walaupun Afham bukanlah mahir dalam menulis ...