Anak Bulan PAS hampir tiba
Tidak sampai seminggu umat Islam di seluruh dunia akan menyambut hari gemilang mereka. Oleh yang demikian apa persiapan anda selaku umat Islam. Adakah anda sudah membeli baju melayu dan baju kurung. Golongan ibu sudah pasti sibuk menyiapkan langsir-langsir. Golongan bapa sibuk pula mengecat dinding rumah. Perkara biasa di dalam menyambut kedatangan Syawal. Hari Kejayaan.
Bagaimana pula tuntutan rukun Islam yang keempat iaitu menunaikan zakat. Sudah laksana atau masih dalam niat untuk membayar. Sekiranya mahu bandingkan dengan 1 meter kain. Lagi mahal rasanya kain tersebut. Berapa sangat nilai wang yang kita ada untuk dizakatkan kepada golongan yang memerlukan. Tidak luak rasa setakat jumlah RM5.20 sekiranya anda berada di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur macam Afham.
Namun, ada sesetengah orang yang berpendapat bahawa lewatkan membayar lebih afhdal. Memang Ya. Namun jangan pastikan yang anda terlupa ataupun terlewat untuk menunaikan tanggungjawab tersebut. Di sini Afham sertakan link sebagai sumber rujukan anda mengenai syarat dan waktu berkesesuaian untuk menunaikan ibadah ini.
Rujukan: Klik Sini
Bayar Zakat Secara online: Klik Sini
Dalam hadis riwayat Ibnu Umar:
“Rasulullah S.A.W telah mewajibkan zakat Fitrah pada Bulan Ramadhan pada orang yang Merdeka, hamba sahaya, laki-laki, perempuan dan kaum Muslimin.”
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Simpanan Emas Untuk Ibadah Haji
Ingin Tunaikan Haji? Mulakan Simpanan Emas Hari Ini! Salah satu impian terbesar kita adalah menunaikan haji, tapi cabaran kewang...
-
erm..entah mengapa tetibe je nak menulis mende pelik2 nie. tetapi sekadar ingin berkongsi kepada anda sedikit input yang saya dengar semasa ...
-
Salam sejahtera buat semua pembaca, pada kali Afham akan memcurahkan sedikit ilmu kepada kalian walaupun Afham bukanlah mahir dalam menulis ...
2 ulasan:
hu..akak x g byr lg...konon mcm bz la kan...takper..kang rehat akak g JJ byr zakat skali :)
me dah bayar awal-awal poser lagikkks.. ihiks
Catat Ulasan