Bangga tidak berpuasa

Halang anak-anak yang tidak berpuasa untuk berbuka bersama sebagai proses pembelajaran untuk hormat orang berpuasa. Cadangan Afham. Anda?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini terdetik untuk berkongsi pengalaman yang sukar Afham terima oleh logik akal. Tidak sesuai dengan umur. Bukan di sini membuat hubungan seks atau perbuatan terkutuk. Memanglah remeh pada pandangan biasa. Tetapi bagi Afham kegiatan ini tidak boleh dipandang sebelah mata. Apa yang pak cik ini dilakukan.



Kegiatan berpuasa tidak menghalang Afham untuk membuat perkiraan stok. Apa yang sedih di sana ada seorang staf di situ bangga menyatakan beliau tidak berpuasa. Kalau ya pun beliau tidak berpuasa sekurang-kurangnya hormat kepada orang yang sedang menjalankan amanat tuhan yang maha Esa.

"Aku tidak puasa" dengan nada bangga sambil menyalakan rokok Surya Hitam. Telinga Afham panas mendengar ayat ini.

Inilah manusia yang tidak syukur dengan nikmat hidup. Minta maaf. Memang patut Afham berkata sedemikian. Puasa mengajar kita untuk menghayati betapa susahnya orang miskin mendapatkan rezeki. Contoh gambar di bawah. MasyaALLAH. Siapakah manusia dibolehkan tidak berpuasa?

Gambar fakir miskin yang merebut makanan dari Utusan Online. Mari menunaikan rukun Islam ke 4.


5 ulasan:

A t i Q a h berkata...

Tak patut betul pak cik tu. Dia tu tak tau ke apa yang dia buat tu salah.

Atau dia bangga dengan dosa yang dia buat. Huh.

Ainsya berkata...

Huhu..
Sekarang ni makin menjadi2 org dewasa x puasa and buat slumber jerk..
Kalo ain jaga kt kedai tu, aihhh..bukan x de orang yg beli rokok, air sebotol, roti..bla..bla..
huhu..
x rase ape2 ker ek ?? huh..

Afham berkata...

>Atiqah dan aisya: malas la cakap mende nie..memasing da besar..dah cukup umor..baligh da pun..rugi je berleter lelame..

rini berkata...

actually bende neh datang dr akal masing2.
mase mude mmg kte dah hairan sgt. sbb zaman skrg bukan kaum laki jew yg ramai xmalu makan dpan org ramai. tp perempuan pun xda maruah diri dah rini rase. siap boleh mintak rokok mse siang hari. kte yg lihat n dgr cume geleng kepale je. nak tegur. melenting. so. kalu yg dah besar pjg tua bendul neh xpham erti malu. kte biar kan jew la diorang. tanggungjawab . tue jew la. rase nak cmmnt lg pjg. haha. tp baik stop kat cneh dlu.

azwan berkata...

tegur ajelah. kalau tak boleh pun, doakan supaya dia berubah. anak-anak aku yang tak puasa, boleh makan sekali, tapi tiada pilihan untuk menu hari tu :)

Simpanan Emas Untuk Ibadah Haji

Ingin Tunaikan Haji? Mulakan Simpanan Emas Hari Ini! Salah satu impian terbesar kita adalah menunaikan haji, tapi cabaran kewang...