Hukum merokok adalah HARAM

Nafas Baru - Bermula Ramadhan.

Sedang Afham berjalan jalan melihat alam ciptaan tuhan. Terserempak satu poster yang agak cantik. Dan makna ayat di dalamnya membuat Afham terpaku berfikir mengenai isi makna tersebut.

Poster Kempen Anti Rokok oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Mungkin ramai para-para perokok tidak sedar mengenai hukum merokok sebenarnya. Ada sesetengah ulama mengatakan bahawa ianya adalah makruh dan ada juga yang mengatakan haram. Memang Afham akui memang sukar untuk berhenti merokok secara mengejut. Rata - rata memerlukan masa yang lama kerana perbuatan ini menjadi tabiat harian.

Setelah membaca beberapa artikel dibawah. Rata-rata memutuskan bahawa rokok adalah HARAM di sini Islam. Marilah kita sama-sama berubah kepada amalan hidup sihat. InsyaALLAH.

Artikel yang menjadi rujukan:

Fatwa semasa. - Harakah Daily
Hukum Merokok - Halal Guide
Merokok, Makruh atau Haram - Wordpress Blog
Merokok Dosa Kecil - Zaharudin dot Net


10 ulasan:

Ainsya berkata...

Syukur, Alhamdulillah..
Afham jumpe poster tu.. :)

azwan berkata...

aku dah 11 tahun berhenti, senang aje. hanya nak atau tak nak dan jgn banyakalasan. jika setiap hari kau hisap 10, kurang kan 1 setiap 3 hari. bila dah 0 nanti, terus berhenti dan jangan cari bahan pengganti.

KNizam berkata...

alamak kecik giler la poster tuh. takde version besar ke afham ?

Kapt Ir Dr berkata...

afham amik ar skali signboard kat dpn surau tu...lagik jelas..hehe

nuyui berkata...

erm...bagus2..ade gak org yg perasan n baca poster tuh..sebagai seorg pegawai di majlis agama islam wilayah persekutuan, akak nk letak dulu poster tuh kat atas meja pegawai2 n staf2 maiwp yg jadi perokok tegar tuh(ngn nada marah nih!!!)..heheheehhehe...

19zim berkata...

So afham, ko sekarang cane? da berenti merokok ke tak?

19zim berkata...

Haih afham, senyap je... bisnes rokok cane skang... kalo dulu time lapar2 ble aku beli rokok kat ko seposen satu, tp skang tengah bulan puasa susah sket... Ko beli kat mane hah biskut rokok tu? sedap siot tak macam yg slalu aku beli...

Afham berkata...

to ainsya: alhamdulilah terserempak..boleh jugak tukar cara hidup sihat.. :P

to azwan: geram je ak tgk orang hisap depan aku nie..

to Knizam: Klik Gambar untuk kepuasan maksimum..rasanya dah jelas..

to Zul: Nanti ak test shot..

to nuyui: berani menegakkan kebenaran..

to lazim: ligat ea ko skang..ak baru je berhenti 5 hari..harap dapat berterusan..

Ainsya berkata...

"to lazim: ligat ea ko skang..ak baru je berhenti 5 hari..harap dapat berterusan.."

Erm..betoi ker ?? cayalah..tahniah yer.. Teruskan lagi..takde yg mustahil, ok :P

Lan Bingka berkata...

Salam..
Saya juga baru mendengar tazkirah mengenai hukum merokok baru-baru ini di surau kawasan rumah. Memang haram hukumnya...ish..ish..

p/s: dh 2 thn dlm proses berhenti - status:98%
.....harap dlm thn depan dpt berhenti 100%

Simpanan Emas Untuk Ibadah Haji

Ingin Tunaikan Haji? Mulakan Simpanan Emas Hari Ini! Salah satu impian terbesar kita adalah menunaikan haji, tapi cabaran kewang...