Al Fatihah untuk staf Kherow dan adik Eddy

Tuhan sayangkan mereka. Tidak sampai sebulan berikutan postku bertarikh 4 Jun 09. Aku kehilangan dua orang sahabat. Allah sayang mereka. Allahyarham Staf Kherow dan adik Al Hafiz Edi telah meninggal dunia di hospital gara-gara kemalangan jalan raya. Masa tidak menunggu kita. Bila-bila masa sahaja mati pasti menemui kita. Semoga kedua-duanya di tempatkan di samping para syuhada'. Insha ALLAH. Amin.

Jerebu - Jom pakai topeng


Banyakkan minum air dan jangan dedahkan diri anda dengan persekitaran luar. Pakai topeng macam brother di atas.

El Nino melanda..

Lama tidak mendengar ungkapan nie. El Nino. Jerebu dan Panas!!Pelabuhan Klang dan Ipoh merupakan tempat yang mencatat kualiti udara yang tidak sihat. Munurut Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam kenyataannya memberitahu, tahap kualiti udara merosot disebabkan peningkatan kandungan pencemar ozon di permukaan bumi berpunca dari pelepasan asap kenderaan bermotor dan industri. Sebagai langkah berjaga-jaga..Jangan membiar anda terdedah dengan udara yang tidak sihat. Moga-moga kita terus sihat menghadapi ujian ini. InsyaALLAH.

Tips Menjadi Individu Menarik


Hari ini saya ingin kongsikan 5 tips bagaimana menjadi individu menarik. Ianya mudah sahaja untuk dilakukan. Percaya atau tidak ia akan meningkatkan tahap ‘menarik’ diri anda.

1. Sentiasa senyum

Senyum merupakan aset berharga untuk diri anda. Kalau tidak masakan seseorang boleh jatuh cinta, memberi rumah, disebabkan dengan satu senyuman sahaja. Kata orang senyum itu sedekah. Senyuman mebawa 1001 makna. Senyuman yang ikhlas dapat menenangkan hati orang lain. Jika ada orang tidak senyum pada anda, maka hadiahkan mereka senyuman anda kepada mereka. Ia mendekatkan lagi jarak anda dengan mereka.

2. Banyak memberi

Masyarakat sukakan individu yang suka memberi. Tidak kisah apa-pun. Mungkin dari segi barangan, wang ataupun pertolongan dalam bentuk fizikal. Manusia tidak sukakan manusia yang hanya mementingkan diri sendiri .Oleh itu, belajarlah untuk memberi.

3. Berikan pujian

Manusia sebenarnya dahagakan pujian. Tetapi masalahnya semua sibuk dengan hal masing-masing. Jadi apa salahnya jika kita memberi sedikit pujian. Dengan ini, ia akan membuatkan mereka merasakan bahawa mereka seorang yang berharga di mata anda. Percayalah dengan membuat orang lain bahagia, anda juga akan turut bahagia.

4. Mempunyai prinsip.

Seseorang yang berprinsip merupakan ciri penting dalam menjadi individu menarik. Lihat pada Mahatma Gandhi. Beliau merupakan orang biasa sahaja. Tidak kaya pun. Tetapi mengapa beliau menjadi individu menarik? Sebabnya beliau mempunyai prinsip untuk menolong masyarakat daripada penjajahan.

5. Mempunyai keyakinan diri

Tips ini penting. Anda mesti mempunyai keyakinan diri terhadap diri anda. Anda mesti percaya dengan diri anda. Jika anda tidak percaya, manakah mungkin orang lain juga akan percaya pada anda .

Mesej dari email

kenape kita tido di masjid, tapi tatkala Khutbah telah tamat kita terus terjaga?

Kenape terlalu susah utk berkata ttg Allah..tapi terlalu senang utk berbicara ttg sex....

Kenape kita terlalu bosan (malas) utk membaca al-Quran..tapi terlalu senang membaca majalah playboy (lucah)??

Mengapa terlalu mudah utk kita memadam mesej berkenaan Islam..kemudian kita menyebarkan (forward) mesej yg nakal (mesej kurg elok)??..

Kenape masjid2 makin kurang jamaahnya, sedangkan bar2 dan kelab2 malam semakin ramai pengunjungnya??

Fikirkanlah ttg nya..Adakah anda akan sebarkan (forward) mesej ini atau memadamkannya (delete) ? Ingatlah yang Allah sentiasa memerhatikan mu, jika anda cintakan Allah maka semestinya anda akan menghantarkan mesej ini kepada semua yg berada dlm senarai anda




Selamat Pengantin Baru buat Kapt Zulhilmi TUDM dan pasangan





Ini sahaja gambar buat tontonan semua. Sebarang kekuranngan harap dimaafkan.

Qada' dan Qadar


Itulah ketentuan Ilahi yang tidak perlu kita persoal. Kesemuanya telah ditentukan olehNya. Ajal maut di tangan tuhan. Kita hanya berserah kepadaNya.

Satu kejadian telah menimpa isteri kepada jurulatih saya, Staf Sarjan Khairul. Malang menimpa ke atas diri beliau menyebabkan beliau kehilangan sebilangan daripada ahli keluarga beliau. Takziah kepada keluarga mangsa.

Kita yang hidup perlu beringat. Ajal maut kita tidak tahu.

Berita Kemalangan - Berita Harian

Al- Fatihah

Walimatus Urus

Wargh..
ramai nye orang kawen minggu nie..
Tidak ketinggalan aku ditempat orang rakan-rakan sekerja untuk menghadiri kenduri kawen mereka..rasa serba salah if tak pegi kan? nak wat cane? masa mencemburui..bile berkata soal perkahwinan..ia merupakan satu sunnah yang dituntut..ibarat mendirikan sebuah masjid..wargh..bagaimana ea perasaan orang berkahwin..mesti bercampur baur bukan..mengubah satu alam yang lebih dengan tanggungjawab sebagai seorang suami sekaligus memegang jawatan ketua keluarga..

Selamat Pengantin Baru buat Bakal-bakal pengantin..
Semoga kekal ke anak Cucu..InsyaALLAH..

Simpanan Emas Untuk Ibadah Haji

Ingin Tunaikan Haji? Mulakan Simpanan Emas Hari Ini! Salah satu impian terbesar kita adalah menunaikan haji, tapi cabaran kewang...