Hai O Marketing dan sistem piramid

Hye to all readers..
Balik jer dari lepak di Malindo Restoren..
Gara - gara dari ajak minum.. Sekali lagi aku terperangkap dengan satu business..Alamak..
Mula dengan berdiam diri..Oh Hai 0 Marketing..Ini kali kedua aku dengar ceramah yang sama..Erk..Aku bukan berpengalaman untuk menceburi bidang sedemikian rupa..Tapi ade gak knowledge pasal MLM ataupun sistem kaki..Ya..Yang berjaya pun ada..tp ramai yang tak berjaya..Mungkinkah sistem ini mampu membantu orang bawahan..Melainkan sistem MLM traditional yang boleh menolong orang bawahan..mengapa aku berkata sedemikian..Sistem Hai O sistem yang bukak 3 kaki.if kaki ini tidak bergerak..u boleh bukak kaki baru..Ni dah macam sistem piramid..yang betul pulun yang mampu mengejar keuntungan..Di pancing oula dengan produk Bio Aura..Produk aku tak sure mantap or tidak..Namun ada masuk TV..Tambah pula air di Labuan ni kotor..Mungkin produk ini menjadi laris di pasaran Labuan.. Maybe..1 lot 2000++, Oh my God..mahalnye..if oa 20000 buat loan..anda dapat pangkat..so u can go far..Uish tak mau la..walaupun diajak..because i am USANA distributor..bagi yang belum join..aku tak paksa n tak hasut..orang Hai O jangan marah k..Good Luck!!

-Afham-
0.58 ( waktu Labuan)

Alhamdulillah


Keluarga tunaikan hasrat Mikaeel, majlis pengebumian 7 Julai

LOS ANGELES: Keluarga ikon muzik pop terkenal Amerika Syarikat, Michael Jackson, dilaporkan berkemungkinan besar mengebumikan penyanyi itu mengikut cara Islam.

"Keluarganya menimbang pengebumian mengikut Islam kerana mereka percaya Michael mahu dikebumikan mengikut agama barunya," lapor laman web aceshowbiz yang memetik sumber sebagai berkata.

"Abang penyanyi itu, Jermaine atau nama Islamnya, Muhammad Abdulaziz, menerangkan kepada keluarganya mengenai pengebumian menurut Islam kerana berasa penting jenazah adiknya disempurnakan dengan cara Islam," kata sumber itu.

Di sebalik laporan terdahulu majlis memperingati secara umum dan peribadi untuk penyanyi itu ditetapkan pada minggu ini, tiada pengesahan rasmi daripada keluarga Jackson mengenai lokasi pengebumiannya.

Bagaimanapun, aceshowbiz turut melaporkan bahawa pengebumian akan berlangsung pada 7 Julai ini.

Raja Pop itu dilaporkan memeluk Islam pada November 2008 di rumah seorang rakannya di Los Angeles, beberapa tahun selepas menyuarakan minatnya untuk menjadi penganut agama suci itu.

Beliau kemudian menukar namanya kepada Mikaeel, sempena nama malaikat yang ditugaskan menurunkan hujan dan memberi rezeki.

Laporan menyebut, beliau duduk dengan memakai kopiah dan mengucap dua kalimah syahadah di depan seorang imam di kediaman rakan penyanyi itu di Los Angeles.

Jackson mengamalkan cara hidup Muslim sedikit demi sedikit serta membaca al-Quran dikatakan menjadi amalan hariannya, malah mengakui menemui kekuatan dan kesungguhan dalam menempuh pelbagai dugaan dan rintangan dalam hidupnya.

Jurucakap penghibur legenda itu memberitahu, pihaknya sudah mengesahkan kepada semua media di seluruh dunia mengenai kebenaran desas-desus mengatakan Jackson memeluk Islam.

Selepas penyanyi itu dilaporkan memeluk Islam, Jermaine memberitahu wartawan, adiknya mula tertarik kepada agama itu sejak 1989. - Agensi

Persoalan Struktur Organisasi Standard

Susah juga untuk mencari rujukan yang sewajar dalam membangunkan struktur organisasi yang standard, kukuh, praktikal dan efektif. Setiap org...