Pornografi dan seks

erm..entah mengapa tetibe je nak menulis mende pelik2 nie. tetapi sekadar ingin berkongsi kepada anda sedikit input yang saya dengar semasa khutbah jumaat di sini. khatib membicarakan mengenai penggunaan internet pada ketika ini. internet pada ketika sudah menjadi kebiasaan untuk mencari sesuatu. dengan hanya memetik pada tetikus kesemuanya ilmu samaada baik ataupun buruk dapat dilayari dengan mudah. aku tertarik dengan kata-kata khatib kebanyakan pengguna melayari internet untuk melayari laman web seks dan lucah. tambah kehadiran laman web sosial seperti friendster, tagged, facebook dan macam-macam lagi ini pengguna lebih bebas untuk mencari pasangan. mudah! ayat yang mantap untuk memancing perempuan senang2 je untuk mengadakan hubungan seks. adakah ini realiti terjadi pada ketika ini. otak kuning melayari pemikiran muda-muda selaki gus boleh merosakan budaya ketimuran yang kita bangga2 kan sekarang. semakin hari saya percaya budaya kemelayuan lenyap ditelan arus modenisasi sekiranya pembentukan asas yang tinggi diperingkat institusi kekeluargaan. ibubapa perlu mengambil tindakan sewajarnya agar adat ketimuran kita dipelihara dengan sebaik-baiknya. insyaALLAH.

Maybank Gold Investment

Semalam aku sekadar ingin menemani rakan sekerja ke Maybank. Beliau mengatakan ingin membeli emas. Hmm. Sudah sekian lama hajat dihati untuk menceburi bidang ini. Namun ada sahaja aral melintang yang menghalang kegiatan pelaburan ini. Sebaik sahaja mengeledah Blog Jutawan Emas. Tanpa membuang masa, memandangkan budget masih rendah. Sengaja aku mencuba maybank gold passbook. Semasa aku membeli harga 1 gram emas pada ketika itu rm 120.55 , di hari kemudian naik rm2.00. pelaburan jangka masa panjang adalah emas, rumah dan tanah. ini adalah nasihat oleh perunding kewangan semasa memberi ceramah mengenai pengurusan kewangan. kurangkan menggunakan kad kredit dan jangan berbelanja melebihi pendapatan. ukurlah baju di badan sendiri. apa orang nak cakap cakaplah asalkan diri tidak merana di kemudian hari. bagi mereka yang masih belum membuka. tidak salah sekiranya mencuba. yang pasti pelaburan ini tidak rugi kerana harga emas semakin hari mengikut statistik harga semakin naik.

afham
11.17 am

Simpanan Emas Untuk Ibadah Haji

Ingin Tunaikan Haji? Mulakan Simpanan Emas Hari Ini! Salah satu impian terbesar kita adalah menunaikan haji, tapi cabaran kewang...