Saban hari kita mengeluh dengan pendapatan yang kita ada. Keresahan mulai mengganggu benak fikiran sebaik sahaja gaji masuk di penghujung bulan. Sedar ataupun tidak, semakin tinggi gaji semakin banyak juga hutang yang perlu dilangsaikan. Begitu juga dengan kos perbelanjaan diri yang kadang-kala ada turun naiknya, tak lupa juga imbuhan untuk keluarga akan mula difikirkan oleh setiap penjawat awam mahupun penjawat swasta. Di sebalik dengan kemasukan gaji ini, biasanya kita teruja , mungkin ada diantara mereka hanya tersenyum dan tidak kisah. Namun , ada pula yang meletakkan tangan di kepala kerana rungsing memikirkan bagaimana cara untuk menguruskan gaji yang diterimanya.
Justeru itu, terdapat tiga kategori yang dapat dilihat disini. Kategori yang pertama iaitu golongan yang merasakan pendapatan yang mereka perolehi mampu memberi kebahagian dan kesenangan. Apa jua aktiviti dapat dilakukan kerana golongan ini merasai kebebasan dalam menguruskan kewangan. Kategori yang kedua pula berkenaan golongan yang berstatus sederhana dan merasakan gajinya mencukupi untuk menampung perbelanjaan harian sahaja. Bagi kategori seterusnya iaitu kategori ketiga dia mana golongan ini merasakan gaji pada bulan ini tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan bulan tersebut sehinggakan ada yang di antara mereka sanggup mengikat perut semata-mata menunggu gaji berikutnya.
Di sini saya terdetik untuk memberi sedikit pandangan dan pendapat bagi mereka yang merasakan permasalahan di dalam kehidupan mereka seharian. Hal ini berlaku kerana jumlah perbelanjaan melebihi jumlah pendapatan mereka iaitu “overspent”. Kegusaran pastinya berlaku ke atas mereka ini sehingga mereka ini sanggup melakukan apa jua cara untuk mendapatkan wang “tepi” bagi menampung keperluan masing-masing. Tidak salah kalau saya katakan, permasalahan ini memberi impak di dalam produktiviti organisasi dan sedikit sebanyak mengganggu perstasi kerja. Jadi, bagi menyelesaikan masalah ini, beberapa langkah perlu diberi perhatian di dalam melaksanakan pengurusan wang secara efisyen dan flexible.
Langkah yang paling penting ialah membuat perancangan bulanan anda. Setiap perlaksanaan tanpa perancangan yang sistematik kebanyakannya antara mereka gagal beroleh kejayaan. Perancangan yang terperinci membolehkan anda menganalisis secara khusus dimana perbelanjaan yang perlu diutamakan . Menerusi analisis perbelanjaan ini, anda perlulah membahagikan dua kumpulan iaitu keperluan dan kehendak. Setelah membuat pembahagian ini, perbelanjaan anda perlulah mendahulukan susunan mengikut keperluan diri anda berbanding kehendak. Kebiasaannya kehendak ini merupakan barang mewah dan bukan barang keperluan di mana ia hanya memberi keselesaan dan kemewahan semata-mata. Saya yakin anda pasti boleh membezakan baik buruknya sesuatu sebelum membuat sebarang tindakan atau pun keputusan.
Selain dari itu, terdapat satu teknik yang boleh dijadikan panduan kepada kita iaitu pembahagian mengikut peratusan. Berikut adalah pembahagian daripada pendapatan yang boleh dijadikan ukuran di dalam menguruskan wang anda:
• 55% adalah untuk necessity (NEC) perbelanjaan pelbagai, duit ini dibelanjakan seperti pembayaran kereta, rumah, bil-bil dan perbelajaan harian keluarga.
• 10% adalah untuk Financial Freedom Account . Ia merupakan satu tabung di mana tabung ini merupakan bukan untuk perbelanjaan tetapi untuk pelaburan. Disiplinkan diri anda untuk tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan wang ini.
• 10% untuk Long Term Saving for Spending (LTSS). Simpanan ini adalah simpanan bagi mengisi keinginan pada masa akan datang. Contohnya, simpanan ini boleh digunakan untuk mengerjakan ibadat haji bagi yang beragama islam.
• 10% untuk pendidikan. Simpanan ini digunakan untuk membiayai pendidikan untuk diri sendiri ataupun keluarga.
• 10% untuk Play Fund duit ini digunakan untuk memanjakan diri sendiri seperti melancong, membeli pakaian baru dan sebagainya.
• 5% untuk kebajikan atau derma. Simpanan ini digunakan sebagai persiapan sekiranya berlaku kecemasan. Selain itu, baik juga kiranya sebahagian daripadanya untuk aktiviti kebajikan atau menderma kepada mereka yang memerlukan. Semoga dengan pertolongan kita sedikit sebanyak meringankan beban bagi mereka yang memerlukan.
Suka saya memetik pepatah dari Jutawan Internet, saudara Irfan Khairi yang menyatakan
“Perlu berhemah ketika berbelanja kerana kekayaan adalah tentang berapa banyak yang kita simpan". Oleh yang demikian kita perlulah bijak membuat pengurusan kewangan kita agar segala objektif perancangan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik.
Langkah yang berikutnya adalah dengan cara meminimakan kehendak. Ini merupakan salah satu tindakan yang perlu diberi perhatian dalam usaha meminimakan perbelanjaan untuk diri kita dan keluarga. Tidak dapat dinafikan bahawa setiap manusia mempunyai nafsu yang tinggi untuk memperoleh sesuatu. Namun begitu manusia diciptakan akal oleh Tuhan untuk berfirkir. Saya yakin dengan adanya kawalan minda dan akal yang tinggi kesemuanya dapat dikawal mudah dan lancar. Biarlah mereka “senang” dengan memakai kereta mewah, mempunyai rumah besar, dan sebagainya. Janganlah kita mempunyai sikap dengki kerana mungkin rezeki itu berpihak kepada mereka. Apa yang penting kita bukanlah sesusah mana yang disangka, haruslah diingat masih ramai lagi manusia yang lebih susah daripada kita. Masih ada ramai yang sukar mencari secupak nasi untuk santapan ahli keluarga. Ada juga yang mati disebabkan kebuluran dan kehausan. Bersyukurlah dengan apa yang diperolehi oleh kita pada hari ini kerana ianya sudah cukup untuk kita mengerti kesusahan dan kepayahan orang lain.
Kesimpulannya, setiap penjawat perlulah merancang perbelanjaan masing-masing dengan efisyen dan efektif. Elakkan berlakunya lebihan perbelanjaan pada bulan tersebut dimana ia akan mengganggu perbelanjaan pada bulan berikutnya. Dengan itu, berbelanja mengikut kemampuan kita sendiri dan tidak mudah mengikut hawa nafsu semata-mata. Semoga apa yang diperkatakan di dalam artikel ini dapat memberi sedikit sebanyak gambaran atau input kepada anda di dalam menjamin kebahagiaan hidup untuk diri anda dan juga keluarga.