Nasihat Si Pencen - Simpan Duit

Sungguh kecil dunia, dahulunya sering menunjukkan muka bengis sewaktu menjadi guru dan pendidik. Namun setelah menamatkan kariernya menjadi status awam beliau bertukar sifat dan perwatakan. Memang tidak dijangka hal sedemikian boleh berlaku. Setelah berborak-borak kosong di laman sosial facebook. Akhir perbincangan, beliau ada memetik beberapa nasihat. Nasihat yang masih terngiang-ngiang adalah berkenaan dengan menyimpan duit.

Bagi menghuraikan 2 persoalan ini, saya membuat pencarian informasi mengenai hal yang demikian untuk perkongsian dengan anda semua. Mengenai penyimpanan duit. Adakah kita mampu menjadi seorang jutawan sekiranya kita cuma penyimpan?. Pepatah melayu ada mengatakan bahawa sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Tidak mustahil kita boleh melahirkan jutawan? Saya sudah pasti ramai yang mahu menjadi jutawan sewaktu ketika nanti. Urus Wang Wordpress ada menyatakan informasi menyimpan di ASB.

:: ok utk tahun pertama ke tahun ke-10, RM600 sebulan dengan dividen+ faedah 7% … dapat RM 106,441. 92.

<— tengok, dalam masa 10 tahun dapat RM100 K!!

:: tahun ke- 11 ke tahun ke -20, RM 800 sebulan dengan dividen+faedah = 7% , dapat RM 351,309.91 <— hah tengok! dah 20 tahun dapat RM300 K !! leh beli keta merc cash lagi… ( wawasan 2020 hangat !! )

:: ok terus kan , utk tahun ke-21 ke tahun ke-30, RM 1000 sebulan dengan faedah = 9% ( kira nya ekonomi semakin bagus, ye la lepas wawasan 2020 !! )..
Jumlah sekali RM 1, 030, 401.84

Tidak mustahil bukan? Anda mampu bergelar jutawan. Di sini juga saya ada membaca satu blog berkenaan teknik menyimpan wang. Lihat laman ini http://rmphilo.blogspot.com/2008/08/9-cara-berkesan-menyimpan-duit.html.

p/s: Jangan kita menjadi hamba duit.

Kalimah Allah pada kasut Crocs







Baru perasan bukan? Adakah kita sanggup memakainya. Buat penggemar Crocs. Fikir-fikirkanlah. :). Sekadar ingin berkongsi.

Yes for bola, No for judi

Sekadar gambar hiasan

Judi di dalam bola sepak bukanlah terbit pada hari ini, perkara ini sudah kurun berlalu. Di sebalik pengalaman sendiri, bagi mereka yang terlalu fanatik dengan bola sepak menyebabkan hal ini berlaku. Namun, ada di antara mereka hanya untuk bersuka-suka.

Daripada Ibn Abbas katanya, Rasulullah bersabda: Sesungguhnya Allah mengharamkan arak, judi dan kompang dan setiap yang memabukkan adalah haram. Rujuk sabda Rasullah ini, secara terang lagi nyata bahawa judi ini adalah haram. Keseronokkan yang membuak mengaburi hukum hakam Islam. Judi dan arak merupakan agenda Freemason.

Dialog Afham dan Si A:
Si A: Bro, malam match Arsenal. Ada berani?
Afham: Brani apa?
Si A: Kate penyokong Arsenal tegar konon. Cepat lah. Satu Match. RM 50.00
Afham: Aku sokong-sokong for fun je bro. Malas lah.
Si A: Hanya mendiamkan diri.

Kesemuanya tindakan yang kita lakukan adalah bergantung kepada keputusan yang dilakukan pada diri kita sendiri. Mari sama kita fikirkan.

Simpanan Emas Untuk Ibadah Haji

Ingin Tunaikan Haji? Mulakan Simpanan Emas Hari Ini! Salah satu impian terbesar kita adalah menunaikan haji, tapi cabaran kewang...