Sungguh kecil dunia, dahulunya sering menunjukkan muka bengis sewaktu menjadi guru dan pendidik. Namun setelah menamatkan kariernya menjadi status awam beliau bertukar sifat dan perwatakan. Memang tidak dijangka hal sedemikian boleh berlaku. Setelah berborak-borak kosong di laman sosial facebook. Akhir perbincangan, beliau ada memetik beberapa nasihat. Nasihat yang masih terngiang-ngiang adalah berkenaan dengan menyimpan duit.
Bagi menghuraikan 2 persoalan ini, saya membuat pencarian informasi mengenai hal yang demikian untuk perkongsian dengan anda semua. Mengenai penyimpanan duit. Adakah kita mampu menjadi seorang jutawan sekiranya kita cuma penyimpan?. Pepatah melayu ada mengatakan bahawa sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Tidak mustahil kita boleh melahirkan jutawan? Saya sudah pasti ramai yang mahu menjadi jutawan sewaktu ketika nanti. Urus Wang Wordpress ada menyatakan informasi menyimpan di ASB.
:: ok utk tahun pertama ke tahun ke-10, RM600 sebulan dengan dividen+ faedah 7% … dapat RM 106,441. 92.
<— tengok, dalam masa 10 tahun dapat RM100 K!!
:: tahun ke- 11 ke tahun ke -20, RM 800 sebulan dengan dividen+faedah = 7% , dapat RM 351,309.91 <— hah tengok! dah 20 tahun dapat RM300 K !! leh beli keta merc cash lagi… ( wawasan 2020 hangat !! )
:: ok terus kan , utk tahun ke-21 ke tahun ke-30, RM 1000 sebulan dengan faedah = 9% ( kira nya ekonomi semakin bagus, ye la lepas wawasan 2020 !! )..
Jumlah sekali RM 1, 030, 401.84
Tidak mustahil bukan? Anda mampu bergelar jutawan. Di sini juga saya ada membaca satu blog berkenaan teknik menyimpan wang. Lihat laman ini http://rmphilo.blogspot.com/2008/08/9-cara-berkesan-menyimpan-duit.html.
p/s: Jangan kita menjadi hamba duit.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Simpanan Emas Untuk Ibadah Haji
Ingin Tunaikan Haji? Mulakan Simpanan Emas Hari Ini! Salah satu impian terbesar kita adalah menunaikan haji, tapi cabaran kewang...
-
erm..entah mengapa tetibe je nak menulis mende pelik2 nie. tetapi sekadar ingin berkongsi kepada anda sedikit input yang saya dengar semasa ...
-
Salam sejahtera buat semua pembaca, pada kali Afham akan memcurahkan sedikit ilmu kepada kalian walaupun Afham bukanlah mahir dalam menulis ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan