Salam dan salam sejahtera buat semua yang sudi hadir di blog Afham, penulisan pada kali adalah sekadar pengalaman di bulan ramadhan. Terlalu asyik melihat gelagat manusia di dalam Bank Cimb di Ujana Kewangan, ramai yang sibuk melakukan urusan masing-masing. Ada juga yang mengambil kesempatan ini untuk menukar wang di saat-saat akhir bulan Ramadhan dan ada di antara mereka membuat persiapan untuk masa hadapan dengan melakukan pendaftaran syarikat. Melihat keadaan ini, terfikir sejenak hebat sungguh manusia melakukan persiapan demi menempuh masa hapan. Namun begitu, sempat juga saya menyapa seorang cikgu yang agak selekeh di sini. Setelah berbual kosong di sini saya menggerakan hati untuk bertanyakan mengenai bungkusan didakap rapi oleh cikgu tadi. Kamu percaya di dalam bungkusan ini ada RM 70,000.00. Katanya dengan yakin. Terus saya mengajukan soalan tentang tujuannya membawa duit sebanyak itu. Cikgu menyatakan bahawa wang ini adalah untuk melabur di forex. Beliau terus yakin bahawa forex ini terus menjana pulangan demi kepulangan. Keyakinan beliau terus meninggi apabila menyatakan bahawa anak beliau sedang bekerja di salah satu syarikat forex di Malaysia. Walau apa-apa pun tindakan kita lakukan adalah sebaiknya kita mengkaji punca wang ini sama ada ia sah di sisi Islam atau pun tidak. Sesiapa yang ingin berkongsi maklumat dengan saya. Sila nyatakan link dan komen mengenai pelaburan forex ini. Bagi mereka yang merasa kabur di sini saya ada link untuk rujukan saudara boleh melayari blog Ustaz Zaharuddin bagi menyinkap status forex ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Simpanan Emas Untuk Ibadah Haji
Ingin Tunaikan Haji? Mulakan Simpanan Emas Hari Ini! Salah satu impian terbesar kita adalah menunaikan haji, tapi cabaran kewang...
-
erm..entah mengapa tetibe je nak menulis mende pelik2 nie. tetapi sekadar ingin berkongsi kepada anda sedikit input yang saya dengar semasa ...
-
Salam sejahtera buat semua pembaca, pada kali Afham akan memcurahkan sedikit ilmu kepada kalian walaupun Afham bukanlah mahir dalam menulis ...
2 ulasan:
Hi Geng,
Saya setuju dgn entry ini seharusnya kita harus kaji selidik terlebih dahulu syarikat tersebut sebelum mengambil keputusan.
Tq
hmmm aku minat forex jugak. Aku buat self training lagi untuk betul2 power. Dari sudut untung, kalau enkau power ttg market behaviour - mmg boleh buat duit gile.
tapi dari sudut hukum, kabur-kabur lagi sebab leverage-nye & lain2. Sbb tu aku tak main duit betul punye.
Catat Ulasan