Taman Air Panas Semulajadi Jasin tidak hanya menjadi destinasi menarik tetapi kolam air panas itu didakwa berkhasiat kerana mempunyai unsur-unsur galian yang baik merawati pelbagai penyakit tubuh badan seperti sakit sendi dan pinggang. Ia juga dikatakan mampu memulihkan penyakit kulit, selain tidak memudaratkan walaupun kepada kanak-kanak dan orang tua.
Ini kerana keunikan air panas tersebut yang mengandungi lapan jenis mineral semula jadi iaitu boron, kalsium, fluorida, besi, magnesium, fosforus, silika dan sulfur.
Taman itu yang dibina di kawasan seluas dua hektar mempunyai sembilan kolam air panas, dua kolam taman air dan satu kolam mineral sejuk di mana pengunjung boleh menikmati kehangatan air panas dengan suhu mencecah dari 40 hingga 41 darjah celsius.
Air panas yang disalurkan ke setiap kolam di taman tersebut datangnya daripada lima perigi sumber (asal) dan ia sememangnya dijaga keasliannya dan ia tidak bercampur dengan air hujan.
2 ulasan:
aku sekali je penah layan kat sini lepas dah cantik tu. takde org nak gi layan.. ha hahahaha. tapi memang best. rumah dekat gila dong..
p/s := ada yang pitam ek.. mesti layan mandi lama sangat tu..
atuk pitam kat situ..
cuak gak..
cz depan mata am..
Catat Ulasan