Harga Emas Terkini - 10 Ogos 2011

Salam hormat buat semua pembaca blog Afham Rahman. Beberapa jam yang lepas sebelum saya menulis entri ini, saya telah menerima khabar yang baik buat semua pelabur emas tidak kira emas jongkong, emas dinar, pemilik-pemilik emas persendirian menerusi twitter @afham yang mengatakan harga pasaran emas naik sehingga 600%. Oh ya. Sesiapa yang belum lagi menambah rakan twitter saya dialu-alukan meng'add' @afham.

Seakan tidak percaya mengenai hal yang dinyatakan. Saya cuba memeriksa kembali mengenai harga Maybank Gold Investment Account yang terkini. Jadi, ternyata ia cukup menakjubkan.

Harga Beli: 166.45/ gram.
Harga Jual: 174.55/ gram.

Oleh yang demikian memandangkan pelaburan emas ini merupakan pelaburan jangka masa panjang. Saya menegaskan bahawa saya tidak akan menjualnya ini pada ketika ini kerana saya percaya pastinya harga ini akan terus meningkat. Sekiranya harganya turun sekali pun, ia akan turun dengan nilai yang rendah dan tidak secara mendadak. Ada juga yang turut menasihati saya untuk kekal melabur dan menjualnya sekiranya memerlukannya. Oleh itu, terpulang kepada kebijaksanaan anda di dalam membuat keputusan untuk jual beli emas. Semoga anda bijak di dalam membuat pelaburan. InsyaALLAH.

2 ulasan:

Jurnal Murahan berkata...

apa lagi pam, belanje aaaa hahahah

Afham berkata...

x nk jual!!

Simpanan Emas Untuk Ibadah Haji

Ingin Tunaikan Haji? Mulakan Simpanan Emas Hari Ini! Salah satu impian terbesar kita adalah menunaikan haji, tapi cabaran kewang...