Pelaburan Ikan Kelisa Arowana

Salam hormat buat semua pembaca,

Hari ini, saya ingin berkongsi cerita kepada anda semua mengenai bisnes pelaburan Ikan Arowana yang baru sahaja saya ketahui semalam melalui perbincangan dengan rakan sekerja.

Ikan Arowana atau kelisa merupakan antara ikan peliharaan yang paling mahal. Ikan Arowana ini dikatakan mempunyai pelbagai jenis yang mahal adalah jenis Gold. Kelisa Emas yang boleh mencecah puluhan ribu malah ada yang sampai ratusan ribu. Mengikut makluman dari kawan saya ini, perolehan hasil ikan melalui cara eksport ikan ini ke luar negara.

Apa yang menarik daripadanya kontrak akan dilakukan sebelum pelaburan. Ada juga syarikat yang membayar melalui cara bulanan. Di sini saya ada terjumpa satu blog yang menerangkan mengenai pelaburan ini. (Klik Sini). Apa yang pasti pelaburan ini memerlukan modal yang agak tinggi. InsyaALLAH kepada sesiapa yang berminat dan berkongsi cerita saya akan kenalkan anda kepada rakan saya.

Tiada ulasan:

Simpanan Emas Untuk Ibadah Haji

Ingin Tunaikan Haji? Mulakan Simpanan Emas Hari Ini! Salah satu impian terbesar kita adalah menunaikan haji, tapi cabaran kewang...