Mengikut Harian Metro
Istilah angin pasang dikaitkan dengan benjolan mengandungi gumpalan usus yang kelihatan kembang kuncup dan membuatkan seolah-olah benjolan itu membesar dan kemudian surut. Ini berlaku akibat perjalanan angin dalam usus yang membuatkan usus bergerak dan mengembang.
Lagi banyak usus itu masuk ke dalam ruang yang menjadi benjolan, lagi besar ia kelihatan. Mungkin tanda awal angin pasang itu berlaku ialah kemunculan benjolan yang tenggelam timbul di beberapa tempat yang dikenali mudah mendapat hernia seperti kerandut buah zakar, kelengkang dan pusat.
Benjolan itu akan kelihatan lebih jelas ketika berdiri, meneran dan selepas makan. Benjolan ini boleh disusutkan apabila usus dalam benjolan ini dapat ditolak masuk kembali ke dalam perut.
Namun cara ini hanya untuk seketika dan ia mungkin boleh terkeluar kembali selagi pembukaan antara perut dan benjolan itu kekal.
Jadi tiada cara berkesan untuk merawatnya kecuali dengan menutup pembukaan tidak normal itu. Rawatan tradisional, urutan atau ubat-ubatan herba, jampi serapah atau minyak urat tidak dapat membantu menyelesaikan masalah angin pasang.
Cara paling berkesan ialah ‘pembukaan’ yang dijelaskan tadi ditutup! Caranya ialah melalui pembedahan pembetulan. Dalam pembedahan ini, usus dalam benjolan dimasukkan kembali ke dalam perut melalui pembukaan yang wujud dan pembukaan itu ditutup.
Pembukaan yang berlaku sebenarnya ialah bahagian otot yang menampung usus dalam perut menjadi lemah lalu menyebabkan usus dalam perut terkeluar.
Apabila bahagian lemah itu diperkukuhkan kembali dan usus yang terkeluar dimasukkan ke tempat asalnya, hernia akan hilang dan tidak akan berlaku lagi.
Pencarian lain : http://intim.wordpress.com/2007/11/13/hernia-angin-pasang-usus-terjulur-keluar/
3 ulasan:
sampai pembedahan ye, serius jugak
mula2 sya ingt lelaki je ada angin pasang,rupa2nya pmpn pn ada kn..huHu...
mule2 pikir gtu jgk..
Catat Ulasan