Kaedah Homeschooling di Malaysia


Assalamualaikum dan Selamat Pagi

Post hari ini lebih menjurus kepada pelaksanaan Teknik Homeschooling atau Pembelajaran dari Rumah yang menjadikan ibu bapa sebagai tenaga pengajar atau tutor kepada anak-anak. Serba sedikit analisis dilakukan dalam memperhalusi pendekatan kaedah ini sama ada ianya bersesuaian ataupun tidak. Pastinya wujud kebaikan dan kekurangan dalam mengimplementasi seperti matlamat yang diharapkan oleh setiap ibu bapa. Walaubagaimana pun ia bergantung kemahiran ibubapa dalam mengolah pendekatan ini supaya kematangan tahap intektual dan spiritual lebih baik. Di sini sudah pastinya pembelajaran sepanjang hayat perlu diterapkan ke dalam diri anak-anak ini supaya mereka terus mempunyai keinginan dan menceburi bidang-bidang yang mereka mahukan. Kaedah homeschooling yang sering diketengahkan banyak berbentuk pembangunan kendiri, keagamaan, ekonomi, sosial dan sebagainya.

Berikut adalah contoh kajian yang telah dilakukan yang mendorong dalam pemerkasaan pendekatan kaedah Homeschooling.


Kebaikan 
1. Pembelajaran lebih khusus.
2. Membentuk keyakinan anak-anak.
3. Kebersamaan.
4. Pembelajaran lebih menarik dan lebih santai.
5. Bergantung kepada pembelajaran yang ingin disampaikan khususnya bidang keagamaan, keselamatan, kesihatan dan sebagainya.

Kekurangan
1. Kekangan masa dan tenaga oleh ibubapa.
2. Pemilihan subjek dan silibus yang sesuai.
3. Penyesuaian silibus yang digunakan oleh pembelajaran formal di sekolah.
4. Isolation.

Fav Laman Sesawang untuk dilayari.

1. https://www.lovelycommotion.com

2. http://www.iosrjournals.org/iosr-jbm/papers/7th-ibrc-volume-2/14.pdf

3. http://repository.um.edu.my/100718/1/Homeschooling-An%20alternative%20to%20mainstream%20Edited.pdf

4. https://edupediapublications.org/journals/IJR/article/viewFile/1892/1786

5. http://littlekittle.com/blog/

Tiada ulasan:

Simpanan Emas Untuk Ibadah Haji

Ingin Tunaikan Haji? Mulakan Simpanan Emas Hari Ini! Salah satu impian terbesar kita adalah menunaikan haji, tapi cabaran kewang...