Bersangka baik lebih baik

Talam dua muka merupakan peribahasa yang biasa digunakan oleh Keluarga Malaysia (KM) khususnya bagi menunjukkan seseorang itu mempunyai yang bersikap kepura-puraan dalam apa jua tindakan yang dilaksanakan lebih-lebih dapat disedari berlaku melalui percakapan.  Bagaimana kita untuk membuktikan bahawa seseorang itu mempunyai sikap sedemikian.  Hal tersebut boleh dibuktikan apabila berlaku percanggahan sesuatu maklumat. Sifat ini merupakan sikap yang negatif yang mana boleh merosakan perhubungan silaturahim antara kedua-dua belah pihak.  Kadangkala ianya boleh berlaku ke atas diri kita tanpa kita sedari. 

Oleh yang demikian, apa yang perlu dilaksanakan sekiranya kita mengetahui yang mana kita berhadapan dengan seorang yang kita merasakan dia mempunyai tanda-tanda sikap sedemikian rupa.  Penulis juga sering berhadapan hal sedemikian. Bagi seseorang yang mempunyai sikap berdarah panas atau melawan atau rebel biasanya akan berlaku perselisihan dan pergaduhan. Untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan tersebut sebaliknya berikut adalah tips yang boleh anda lakukan tindakan yang wajar dilaksanakan:

1. Kekal bersabar. Sikap ini ramai sukar untuk melaksanakannya. Ini kerana setiap manusia ini mempunyai peringkat kesabaran untuk mengawalnya. Adalah lebih baik anda terus bersabar sabar dan terus bersabar untuk mengelaknya daripada berlaku perkara-perkara yang boleh mendatangkan kesan buruk yang lebih besar seterusnya.


2. Bersangka baik. Kita perlu bersangka dengannya walaupun dia cuba untuk menikam diri kita. Sebaliknya kita berserah kepada yang Maha Esa yang Maha Adil untuk memberi pertimbagan sewajarnya kelak. Ini kerana orang yang bersangka buruk seolah memfitnah orang, kerana sangkaan buruknya itu tidak mempunyai bukti yang nyata dan kukuh. Ini dibimbangi terjadinya fitnah yang membawa kepada dosa besar, kerana Islam sangat melarang umatnya memfitnah orang lain.

“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah dari banyak berprasangka; Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang mengunjing sebahagian yang lain. Adakah di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” 
(Surah Al-Hujurat, 49; Ayat 12)

3.  Cari kawan yang boleh dipercayai.  Ini adalah untuk sebagai langkah untuk mendapat khidmat nasihat ibarat kita berjumpa dengan kaunselor untuk meluahkan perasaan yang terbuku di hati kita selama ini.  

4. Terus humble. Tidak salah untuk kita terus humble. Humble ini sinonim dengan kata merendah diri kata arabnya adalah tawaduk. Kita semestinya terus ingat bahawa kita hidup di dunia ini adalah tidak selama-lamanya. 

Terpulang kepada saudara saudari untuk mengambilnya sesuatu langkah atau tidak. Namun perkara tersebut perlu dielakkan untuk kita turut serta dibelenggu sikap sedemikian. Moga-moga dijauhi kita dipelihara oleh Allah SWT. InsyaAllah.

31 Mei 22

AR



Tiada ulasan:

Simpanan Emas Untuk Ibadah Haji

Ingin Tunaikan Haji? Mulakan Simpanan Emas Hari Ini! Salah satu impian terbesar kita adalah menunaikan haji, tapi cabaran kewang...