Persoalan Struktur Organisasi Standard


Susah juga untuk mencari rujukan yang sewajar dalam membangunkan struktur organisasi yang standard, kukuh, praktikal dan efektif. Setiap organisasi mempunyai peranan tersendiri serta unik bagi pengoperasian industri, penawaran perkhidmatan dan produktiviti perniagaan masing-masing dalam mencapai misi dan visi sesebuah organisasi.

Kebiasaannya struktur dibangunkan berdasarkan fungsi yang akan dilaksanakan di dalam sesebuah organisasi. Setiap fungsi tersebut sudah pasti mempunyai tenaga kerja untuk melaksanakan aktiviti dan peranan masing-masing dengan jelas.  Manakala, setiap tenaga kerja atau sumber manusia perlu dikira dalam memastikan tiada lebihan sumber kakitangan yang boleh memberi kesan ke atas keuntungan atau menjejaskan sesuatu perkhidmatan yang ditawarkan sesebuah organisasi.

Setiap tenaga kerja juga perlu mempunyai job description atau portfolio untuk melaksanakan sebarang penugasan secara sistematik mengikut masa, harian, bulanan dan tahunan. Keadaan ini boleh mengoptimakan penggunaan sumber manusia di dalam sesebuah organisasi. Justeru, tidak wujud ada yang menikmati masa di tempat kerja membuat hal-hal persendirian berbanding organisasi.

Oleh yang demikian, struktur organisasi dan sumber perlu dikemaskini dan sentiasa dinamik mengikut bebanan penugasan dan arus pemodenan teknologi bagi menghasilkan satu struktur organisasi yang mampan dalam mendukung visi dan misi organisasi.

Saya dengan rendah diri mengalu-alukan sebarang cadangan dan juga komen atau rujukan untuk kita sama-sama berkongsi dalam membuat penggiraan jumlah tenaga kerja sesebuah organisasi.

AR

Rezki itu pasti ada


Ada yang termenung
Ada yang terfikir
Ada yang terkesima
Ada yang murung
Ada yang sedih
Ada yang mengalirkan air mata

Ini antara mimik suram menandakan nasib tidak menyebelahi anda.

Kita seharusnya yakin apa yang telah dirancang. Walau seperinci mana perancangan dan usaha yamg kita buat namun kiranya tidak diizinkan ia tidak akan terlaksana. Mungkin ada hikmah yang tersirat disebalik ketetapan itu.

Yakin yakin yakin dan terus yakin dan usaha. Pasti ada rezki anda dikemudian hari. Mungkin tidak hari ini, mungkin tidak esok, mungkin tidak lusa, mungkin tidak tahun hadapan dan seterusnya. Teruskan berdoa pada Yang Esa. Ada yang terbaik menanti anda. InsyaAllah. 
Baginya (manusia) ada malaikat-malaikat yang selalu menjaganya bergiliran, dari depan dan belakangnya. Mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap suatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya dan tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia. Surah Ar Ra'd Ayat 11

Tips untuk bangkit semula. 

https://tzkrh.com/7-tips-pantas-bangkit-selepas-anda-gagal/

 Ikhlas

AR



 

Perfectionist : Tanda dan Kesan


Perfectionist merupakan satu sikap yang sentiasa mahukan sesuatu itu kelihatan bukan hanya sempurna malah meletakkan sesuatu pada peringkat tertinggi kesempurnaan.  Ramai yang melihat dan menyangka bahawa sikap perfectionist ini merupakan sikap yang hebat dan boleh dipuji namun para pengkaji telah menemukan beberapa kesan yang berkemungkinan berlaku keatas diri anda yang bersikap perfectionist ini. 
Many of us believe perfectionism is a positive. But researchers are finding that it is nothing short of dangerous, leading to a long list of health problems – and that it’s on the rise. Sumber

Menurut pengkaji, banyak kesan sampingan yang akan berlaku sekiranya anda mempunyai sifat sedemikian. Ia boleh memberi kesan ke atas kesihatan, mental, fizikal dan sebagainya.  Ini kerana untuk menghasilkan sesuatu kesempurnaan yang melampau itumemerlukan masa yang lama dan panjang.  Ada berkemungkinan tindakan sedemikian boleh mengakibatkan anda terlepas waktu sarapan pagi tengahari mahupun malam.  Secara tidak langsung ia memberi kesan ke atas tubuh badan dan kesihatan. 

Sekiranya anda mempunyai staf sedemikian, sebagai bos sudah pasti anda akan berasa happy kerana anda memiliki aset yang sempurna. Namun jika sebaliknya pula anda mempunyai bos yang sempurna secara tidak langsung anda akan berasa bukan sedikit tekanan namun lebih pasti mendapat tekanan yang lebih. Khususnya sekiranya anda tidak mengetahui apa objektif yang bos kita mahukan. Ibarat buat salah tidak buat pun salah. 

Untuk menjadi kuat dalam menghadapi keadaan ini, apa yang boleh anda lakukan bila berhadapan bos sebegini dengan tindakan seperti berikut:

1. Terima seadanya dengan hati yang terbuka.

2. Belajar mengawal emosi sendiri.

3. Redha dengan segala ketentuan.

4. Bertindak positif.

Tips ini juga diambil kadang kala berat juga untuk dipraktiskan. Praktis No.4 teruskan bersikap positif anggap ianya cubaan. macam cerita Allahyarham P Ramlee (Al Fatihah). 



Be Cool Be Safe Ambil Jalan Tengah

AR

1 Jun 2022


Simpanan Emas Untuk Ibadah Haji

Ingin Tunaikan Haji? Mulakan Simpanan Emas Hari Ini! Salah satu impian terbesar kita adalah menunaikan haji, tapi cabaran kewang...