Emas Pelaburan Jangka Panjang

Adakah Pelaburan Emas Berbaloi?

Emas sering dianggap sebagai pelaburan yang selamat, tetapi adakah ia benar-benar berbaloi? Harga emas memang mengalami turun naik, namun secara keseluruhannya, kadar emas per gram cenderung meningkat setiap tahun. Ini menjadikannya pilihan pelaburan jangka panjang yang lebih stabil berbanding aset lain.

Namun, pelaburan emas untuk jangka pendek mungkin tidak sesuai kerana ia dipengaruhi oleh banyak faktor seperti permintaan dan penawaran. Apabila permintaan tinggi, harga emas akan meningkat, dan sebaliknya, harga akan turun apabila permintaan berkurangan.

Selain itu, emas juga berfungsi sebagai pelindung terhadap inflasi dan boleh dipajak atau dijual semasa kecemasan. Berbanding dengan simpanan wang, emas memiliki nilai yang tahan lama, menjadikannya pilihan yang lebih baik dalam melindungi kekayaan daripada kenaikan kos sara hidup.

Kesimpulannya, emas adalah pelaburan yang lebih sesuai untuk jangka panjang dan sebagai perlindungan nilai, tetapi bukan pilihan tepat untuk keuntungan cepat dalam tempoh pendek.

Alam Bukti Tuhan Itu Wujud

Alam Bukti Tuhan Itu Wujud

Alhamdulillah, baru-baru ini saya selesai menjalankan tanggungjawab sebagai event manager di sebuah majlis yang berlangsung di lokasi yang menghadap laut. Ketika melangkah ke lokasi, saya disambut dengan suasana yang begitu tenang. Alunan ombak yang bergulung di pantai, sinaran matahari yang menyinari bumi, dan angin sepoi-sepoi bahasa menambah ketenangan dalam diri. Sungguh, nikmatnya mencipta kedamaian dalam jiwa.

Namun, dalam ketenangan itu, timbul pula persoalan: Siapakah pemilik segala ini? Bila alam semesta ini dicipta? Mengapa ia diciptakan? Bagaimana ia boleh wujud dengan segala keteraturan yang menakjubkan? Banyak pertanyaan yang berlegar di fikiran saya, namun satu perkara yang pasti, segala ciptaan ini bukanlah terjadi secara kebetulan. Semua ini pastinya dicipta dengan tujuan yang jelas.

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang Maha Pemelihara dan Mentadbirkan sekalian alam, seperti yang termaktub dalam Surah Al-Fatihah, Ayat 2. Helaian pertama Al Quran menjadi jawapan kepada segala persoalan itu terungkai. Segala ciptaan di alam ini adalah bukti nyata akan kewujudan Tuhan yang Maha Agung, yang mencipta segala sesuatu dengan tujuan yang sempurna. Alam ini adalah tanda kekuasaan-Nya, yang memberi petunjuk bahawa setiap yang wujud di dunia ini mempunyai pencipta yang Maha Berkuasa.

Emas Pelaburan Jangka Panjang

Adakah Pelaburan Emas Berbaloi? Emas sering dianggap sebagai pelaburan yang selamat, tetapi adakah ia benar-benar berbaloi? Harga emas meman...